awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bolt bakal dedah kelab bola sepak pertamanya

Astro Arena
Astro Arena
26/02/2018
02:45 MYT
Bolt bakal dedah kelab bola sepak pertamanya
Pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu mengumumkan di Twitter tentang perkembangannya untuk mengukir nama dalam bola sepak. - Gambar fail
LEGENDA olahraga, Usain Bolt, mendakwa dia telah menandatangani kontrak bersama sebuah pasukan bola sepak dan akan mengumumkannya kelab yang masih menjadi tanda tanya itu, esok.
Bolt, yang mengakhiri kerjayanya sebagai pelari pecut selepas Kejohanan Dunia IAAF 2017 di London, sering bercakap tentang minat mendalamnya terhadap bola sepak dan pada bulan lalu, mendedahkan dia akan mengadakan sesi percubaan dengan Borussia Dortmund pada bulan depan.
Atlet kelahiran Jamaica berusia 31 tahun itu juga berulang kali menyatakan minatnya untuk menyertai gergasi Liga Perdana, Manchester United, kelab yang dipujanya sementara baru-baru ini menawarkan perkhidmatannya kepada francais Major League Soccer (MLS) milik David Beckham, Futbol Miami.
Bolt mengumumkan di Twitter malam tadi tentang perkembangannya untuk mengukir nama dalam bola sepak.
I've signed for a football team! Find out which one this Tuesday at 8am GMT pic.twitter.com/iFTlWxfy7x
— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) February 25, 2018
"Saya telah menandatangani kontrak dengan sebuah pasukan bola sepak," tulis pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik itu.
"Ikuti perkembangan lanjut jam 8 pagi, esok."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Borussia Dortmund
#David Beckham
#London
#Manchester United
#olahraga
#pelari pecut
#Twitter
#Usain Bolt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan