Tutup

Berita  | Sukan

Brock Lesnar sah bersara dari MMA, Cormier bertemu Miocic?

Brock Lesnar sah bersara dari MMA, Cormier bertemu Miocic?
Lesnar, 41 tahun sebelum ini menjuarai divisyen heavyweight dari tahun 2008 hingga 2010. - Foto AP
BEKAS juara heavyweight UFC, Brock Lesnar sah bersara dari dunia seni bela diri campuran (MMA).

Memetik laporan dari Brett Okamoto, perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden UFC, Dana White.

"Brock Lesnar memberitahu saya dia akan bersara dari MMA," White dilaporkan berkata. "
Lesnar, 41 tahun sebelum ini menjuarai divisyen heavyweight dari tahun 2008 hingga 2010.

Berikutan perkembangan tersebut, UFC dilaporkan sedang mengaturkan perlawanan antara juara bertahan divisyen heavyweight, Daniel Cormier dengan Stipe Miocic.

Kedua-dua mereka telah bersetuju secara lisan namun masih belum menandatangani kontrak.
Perlawanan tersebut dijangka berlangsung pada kejohanan UFC 226 pada July 2019.

Lesnar yang juga seorang bintang gusti WWE kali terakhir beraksi di UFC 200 pada 2016 di mana dia tewas kepada Mark Hunt dengan cara keputusan juri.

Keputusan perlawanan tersebut ditukar kepada 'no-contest' selepas Lesnar gagal dalam dua ujian doping.

Dia telah didenda oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC) sebanyak AS$250,000 (RM1,034,000) dan digantung perlawanan selama setahun.