SIAPA penjaga gol pilihan Paul Robinson dan apa perbezaan utama Premier League (PL) dahulu dengan sekarang?

Bekas penjaga gol England dan Tottenham Hotspur, Paul Robinson, terkejut David De Gea tidak tersenarai sebagai finalis penjaga gol terbaik anugerah FIFA baru-baru ini.

Siapa seorang lagi pilihan Robinson?

Selain itu, Robinson menyifatkan peningkatan prestasi pemain dalam Liga Perdana Inggeris ataupun Premier League (PL) meningkat secara mendadak berbanding 20 tahun dahulu.

Setiap orang yang bekerja di belakang tabir sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian dalam pelbagai bidang termasuk gaya hidup seorang pemain, nutrisi, latihan dan tempoh rehat yang diperlukan.

Ikuti bahagian 1 sesi bertemu peminat bersama dengan kelab penyokong Tottenham, Malaysia Spurs di Kelana Jaya, Sabtu lepas.


Jangan lupa saksikan rancangan Bual Bola setiap Jumaat 10:15 malam di Astro Awani.