Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah menolak rayuan dua pemain profesional negara, Zulfadli Zukifli dan Tan Chun Seang terhadap hukuman dikenakan oleh Panel Pendengaran Etika BWF tahun lalu atas kesalahan mengatur perlawanan, pertaruhan dan menentukan keputusan.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dalam kenyataan pada Isnin, mengesahkan rayuan yang dikemukakan oleh pemain berkenaan bagi mencabar keputusan panel tersebut ditolak oleh CAS, sekali gus mengekalkan hukuman yang dikenakan ke atas pemain berkenaan.
"BWF berpuas hati bahawa CAS membuat kesimpulan sama dengan Panel Pendengaran Etika BWF berhubung keputusan yang dibuat," menurut kenyataan itu.
Pada April 27 tahun lalu, Zulfadli dan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang pertandingan, selama 20 dan 15 tahun kerana melanggar Kod Tatatertib BWF membabitkan aktiviti mengatur perlawanan, pertaruhan dan menentukan keputusan perlawanan.
Panel pendengaran itu juga mengenakan denda sebanyak US$25,000 (RM102,596) kepada Zulfadli manakala Chun Seang didenda US$15,000 (RM61,558).
Sepanjang tempoh itu, mereka juga dilarang menyertai sebarang aktiviti membabitkan sukan badminton termasuk bahagian pengurusan, kejurulatihan, pengadilan atau pembangunan.
Menurut laporan penuh tiga ahli bebas yang dilantik BWF untuk mengadili sesi pendengaran di Singapura pada Februari tahun lalu, kedua-duanya terbabit mengatur perlawanan dalam enam kejohanan iaitu Grand Prix Emas Terbuka London 2013, GP Terbuka Belanda 2013, GP Emas Terbuka Korea, GP Terbuka Macau 2014, GP Terbuka Amerika Syarikat 2014 dan GP Emas Terbuka Brazil 2016.
Laporan itu juga menyebut Zulfadli terbabit dengan 27 pelanggaran Kod Tatatertib 2012 dan empat Kod Tatatertib 2016 pertaruhan dan mengatur perlawanan manakala Chun Seang pula didapati terbabit dalam 26 pelanggaran Kod Tatatertib 2012.
Penggantungan bermula dari 12 Januari tahun ini iaitu tarikh di mana kedua-dua pemain dikenakan penggantungan sementara oleh BWF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Pada April 27 tahun lalu, Zulfadli (kanan) dan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang pertandingan, selama 20 dan 15 tahun kerana melanggar Kod Tatatertib BWF. - Foto fail
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.