Perjuangan Malaysia dalam misi mara ke Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula esok apabila skuad bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe bakal diuji berdepan musuh tradisi, Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, malam esok.
Ia adalah perlawanan pembukaan Kumpulan G saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas Malaysia mudah membelasah Timor Leste 12-2 secara agregat pada pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lepas.
Berdasarkan statistik, kedua-dua pasukan merekodkan 95 pertemuan sejak 1957 dengan Malaysia memenangi 35, seri 21 dan tewas 39 kali.
Namun, Cheng Hoe secara peribadi enggan menjadikan rekod dan sejarah pertemuan sebagai kayu pengukur untuk meraih tiga mata berharga sekali gus menamatkan badi 15 tahun tanpa sebarang kemenangan di stadium keramat skuad Garuda itu.
"Kita tengok sejarah, rekod menentang Indonesia lebih berpihak kepada mereka dan sebenarnya bukan mudah berdepan mereka terutama apabila kita bertandang ke Gelora Bung Karno.
"Rasanya kita tidak perlu lagi terlalu memandang tentang rekod dan sejarah. Kita perlu maju ke hadapan buka lebaran baru sebab pasukan ini mempunyai jurulatih berbeza dan set pemain berbeza berbanding sebelum ini," katanya pada sidang media pra perlawanan Indonesia dan Malaysia di sini, hari ini.
Kali terakhir Malaysia berjaya menundukkan Indonesia di Gelora Bung Karno adalah pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2004 yang menyaksikan skuad kendalian Bertalan Bicskei meraih kemenangan tipis 2-1.
Sehubungan itu, Cheng Hoe mengakui mahu menikmati 'penampilan' pertamanya di stadium keramat itu dalam keadaan serta suasana harmoni selepas melalui sejarah hitam sebagai pembantu jurulatih ketika Malaysia menjulang trofi Piala AFF 2010.
"Kita satu rumpun, kita perlu faham dan hormat antara satu sama lain tetapi dalam padang, ya kita adalah lawan tetapi bukan musuh. Jadi tumpulah kepada bola sepak," tambah beliau.
Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Indonesia pada final Piala AFF 2010 dengan agregat 4-2 selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum tumpas 1-2 di Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 04 2019
Cheng Hoe secara peribadi enggan menjadikan rekod dan sejarah pertemuan sebagai kayu pengukur untuk meraih tiga mata berharga sekali gus menamatkan badi 15 tahun tanpa sebarang kemenangan di stadium keramat skuad Garuda itu. - Gambar fail
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar koleh vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
Jentayu dapat kelulusan ambil alih aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar
Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.
LTAT umum pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.
BMI unjur harga minyak brent AS$85 setong 2024, AS$82 2025
BMI mengekalkan unjuran semasa harga minyak mentah Brent pada purata US$85 setong bagi 2024, tetapi menyemak semula unjuran bagi 2025 dengan menurunkannya kepada US$82 setong daripada US$84 setong sebelumnya.
SC tingkat standard tatalaku pengantara pasaran modal
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang disemak.
PETRONAS dagangan tumpu sektor serbaneka, mobiliti rendah karbon
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) cabang pemasaran Petronas untuk produk Petroleum dan stesen berperkihdmatan akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka serta menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Cheng Hoe mahu lakar rekod tersendiri berdepan Indonesia
Perjuangan Malaysia dalam misi mara ke Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula esok apabila skuad bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe bakal diuji berdepan musuh tradisi, Indonesia.