Selepas mengejutkan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand kini dalam persiapan mengekalkan rekod tanpa kalah, dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, apabila bertemu skuad Harimau Malaya pada 14 Nov ini.
Ketua jurulatih skuad Gajah Perang, Akira Nishino telah memanggil beberapa pemain utama seperti perancang tengah, Chanathip Songkrasin yang bermain bersama kelab Hokkaido Consadole Sapporo di liga utama Jepun (J1) dan pemain pertahanan kelahiran Perancis, Tristan Do yang terlepas aksi terdahulu, kerana kecederaan.
Pengendali dari Jepun itu juga telah memanggil pemain berpengalaman seperti penyerang, Thitiphan Puangjan, penjaga gol Kawin Thamsatchanan yang bermain untuk kelab OH Leuven di Belgium dan Sarach Yooyen bagi memantapkan pasukan menjelang aksi menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Vietnam di Hanoi lima hari kemudian.
Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kekal positif dan yakin anak-anak buahnya mampu melakarkan kejutan, untuk mengekang pasukan yang menduduki ranking ke-109 dunia itu.
"Saya rasa semua jurulatih memandang serius kempen kelayakan ini dengan pendekatan mereka untuk mengumpul mata. Kemasukan Chanathip dan Thitiphan yang cedera serta pemain senior yang berpengalaman luas, menambah kekuatan mereka.
"Tetapi persediaan kita juga cukup rapi dan pemain pun dah habis musim Liga Malaysia, saya harap mereka dapat fokus dalam dua perlawanan terakhir bagi tahun ini, untuk lakar keputusan positif. Mereka pun sudah pasti mahu kemenangan untuk mencapai sasaran kita," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara Bukit Jalil di sini, pada Rabu.
Beliau turut harap kelebihan beraksi di laman sendiri juga akan membantu pasukan Malaysia yang menghuni ranking ke-158 dunia, menyekat hasrat Thailand untuk mengekalkan rekod bersih dalam kempen itu.
Selepas tiga aksi pusingan kedua kempen kelayakan itu, Thailand berada di kedudukan teratas Kumpulan G walaupun berkongsi tujuh mata dengan Vietnam, manakala Malaysia berada di tempat keempat dengan tiga mata.
Mengikut rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan sejak 1959, Malaysia pernah melakar kemenangan sebanyak 40 kali, tewas 35 kali dan seri 35 kali.
Sebelum bertemu Thailand, skuad Harimau Malaya akan berhadapan Tajikistan dalam aksi persahabatan pada Jumaat ini, diikuti aksi kelayakan menentang Indonesia pada 19 Nov, di venue yang sama.
Cheng Hoe berkata beliau tidak akan membuat perubahan besar dalam kesebelasan utama menentang Tajikistan, selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Maldives dalam aksi pemanas badan pada Selasa.
"Itu hanya aksi latihan, saya memberikan peluang kepada pemain-pemain yang tidak beraksi dalam separuh akhir dan final Piala Malaysia supaya mereka dapat merasai prestasi perlawanan dan tekanan perlawanan bagi menguji keserasian dan kombinasi pasukan," katanya.
Sementara itu, pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar yang kembali dipanggil menyarung jersi kebangsaan selepas hampir dua tahun, bertekad untuk membalas kepercayaan barisan kejurulatihan, dengan mempamerkan aksi terbaiknya.
"Dengan panggilan kali ini, saya nak beri yang terbaik untuk meraih keputusan positif kepada pasukan. Bagi saya, bergandingan dengan sesiapa pun tiada masalah, kerana mana-mana pemain yang diturunkan akan beri 100 peratus," katanya.
Walaupun kali pertama mendapat panggilan ke skuad kebangsaan di bawah kendalian Cheng Hoe, pemain berusia 31 tahun itu yang pernah bermain di bawah jurulatih itu di Kedah, yakin dapat memahami taktikal Cheng Hoe dengan cepat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 06 2019
Tan Cheng Hoe kekal positif dan yakin anak-anak buahnya mampu melakarkan kejutan, untuk mengekang pasukan yang menduduki ranking ke-109 dunia itu. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.