awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh binaan maut dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus
Ringgit dibuka lebih kukuh pada 3.9485, data hambar AS beri tekanan terhadap dolar
KKM perkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa susulan wabak Nipah di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara

Bernama
Bernama
24/04/2019
08:23 MYT
Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara
Cheng Hoe berkata sehingga kini pihaknya belum memanggil mana-mana pemain namun sentiasa memantau prestasi pemain di kelab atau negeri. - Astro Arena
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui telah mempunyai bayangan barisan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022, Jun depan.
Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck yang kini dalam proses menyiapkan segala dokumen berkaitan proses naturalisasi beliau.
Katanya selain itu empat pemain iaitu Syahmi Safari, Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Syamer Kutty Abbar turut berpotensi berada dalam senarai pemain kesebelasan utama.
"Lee Tuck memang bermain dengan begitu baik dan mempunyai ciri-ciri sebagai pemain kebangsaan dan kami berharap dia boleh mendapatkan pasport Malaysia secepat mungkin supaya kita boleh daftarkan untuk (bersama) pasukan Malaysia di kelayakan Piala Dunia nanti," katanya.
Cheng Hoe bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Klinik Permainan Bola Sepak di Sekolah Menengah Lambor Kiri dekat sini, hari ini.
Seramai 250 pelajar sekolah dari daerah Perak Tengah menyertai klinik tersebut yang julung kali disertai jurulatih kebangsaan iaitu Cheng Hoe, penolong jurulatih, S. Balachandran dan jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz.
Menjelas lanjut, Cheng Hoe berkata sehingga kini pihaknya belum memanggil mana-mana pemain namun sentiasa memantau prestasi pemain di kelab atau negeri sebelum memulakan latihan untuk skuad kebangsaan pada 27 Mei nanti.
Beliau berkata keputusan mengenai kesebelasan utama dijangka diputuskan setelah perlawanan persahabatan sama ada menentang Pakistan, Nepal atau Bangladesh yang dijadual pada 2 Jun depan.
"Kami masih memantau pemain yang akan diserapkan dan berharap pemain tidak keletihan dan mengalami kecederaan yang sedikit merisaukan saya," katanya.
Malaysia yang kini berada diranking ke-168 dunia dan ke-35 daripada 46 negara Asia akan melayan kunjungan Timor Leste yang dijadual pada 6 Jun atau pada sambutan Aidilfitri kedua, manakala perlawanan timbal balik pada 11 Jun di stadium yang akan ditetapkan kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#jurulatih
#pasukan kebangsaan
#pemain
#piala dunia qatar
#prestasi pemain
#skuad negara
#tan cheng how
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan