Selepas menjuarai Kejohanan Seluruh England buat kali keempat di Birmingham, kelmarin, Datuk Lee Chong Wei kini mahu memberi fokus untuk merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia, bulan depan.
Jaguh perseorangan negara itu berkata kejayaan di Seluruh England itu telah menyuntik semangat untuk dirinya terus menampilkan prestasi terbaik.
"Tumpuan saya selepas ini ialah Terbuka Malaysia dan sebelum itu Terbuka India pula," kata pemain nombor satu dunia itu sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Terbuka Malaysia akan berlangsung di Kuching dari 4 hingga 9 April ini manakala Terbuka India di New Delhi dari 28 Mac hingga 2 April ini.
Chong Wei berkata Seluruh England sememangnya menjadi salah satu kejohanan pilihan buat dirinya dan kecederaan yang dialami semasa latihan sebelum ke kejohanan itu sedikit mengganggu persediaannya.
Menyentuh mengenai kecederaan buku lalinya itu, katanya, ia belum pulih sepenuhnya dan ia memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.
"Untuk persediaan menghadapi Terbuka Malaysia, saya bergantung kepada jurulatih saya untuk menentukan corak latihan dalam tempoh dua minggu ini," katanya.
Sepanjang karier Chong Wei dalam arena badminton, beliau sebelum ini memenangi Kejohanan Seluruh England pada 2011, 2012 dan 2014.
Chong Wei sebelum ini, pernah menyuarakan hasratnya kemungkinan beraksi di Seluruh England buat kali terakhir pada tahun ini, namun kejayaan kali keempat buat dirinya itu mengubah hala tuju dan mahu untuk terus beraksi di tahun hadapan.
Pemain berusia 34 tahun itu juga berharap beliau dapat mengekalkan prestasi dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius dalam usaha beliau untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos depan.
"Saya tidak pernah menang kejuaraan dunia dan ia memberi tekanan kepada saya. Untuk itu saya perlu mengatasi tekanan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Chong Wei sebelum ini, pernah menyuarakan hasratnya kemungkinan beraksi di Seluruh England buat kali terakhir pada tahun ini. - Gambar fail
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Chong Wei buru gelaran ke-12 terbuka Malaysia
Jaguh perseorangan negara itu berkata kejayaan di Seluruh England itu telah menyuntik semangat untuk dirinya terus menampilkan prestasi terbaik.
Chong Wei mahu rampas gelaran All England
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei anggap undian mudah Kejohanan Seluruh England, bermula 8 Mac depan sebagai langkah pertama untuk merampas semula gelaran yang dimenangi pada 2014.