awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei harap pemain Malaysia mampu lebur rekod nombor satu dunia paling lama

Bernama
Bernama
29/06/2019
08:07 MYT
Chong Wei harap pemain Malaysia mampu lebur rekod nombor satu dunia paling lama
Chong Wei juga pernah berada di takhta teratas dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 199 minggu berturut-turut, selain memenangi 69 kejuaraan individu. - Gambar fail
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei harap akan ada pemain Malaysia yang mampu melebur rekodnya selaku pemain yang menghuni tangga nombor satu dunia paling lama.
Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu mendapat pengiktirafan dalam The Brandlaureate Book of World Records atas pencapaian cemerlangnya, apabila muncul sebagai satu-satunya pemain badminton yang menduduki ranking nombor satu dunia selama 348 minggu, atau enam tahun dan lapan bulan.
Chong Wei juga pernah berada di takhta teratas dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 199 minggu berturut-turut, selain memenangi 69 kejuaraan individu.
"Terima kasih The Brandlaureate Book of World Records. Anugerah ini sangat bermakna terhadap saya. Saya amat berharap pemain yang bakal pecah rekod saya ini nanti pun anak Malaysia, yang lagi 'terrer' (hebat), lagi mantap, mungkin lagi 'handsome'," katanya dalam entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.
Chong Wei, 37, yang mengumumkan persaraan pada 13 Jun lalu menerima anugerah itu dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Lee Chong Wei
#pemain malaysia
#pemain nombor satu
#pemain pelapis
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan