awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei pulang ke Malaysia dua, tiga minggu lagi - BAM

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/09/2018
10:24 MYT
Chong Wei pulang ke Malaysia dua, tiga minggu lagi - BAM
NORZA : Ketiadaan Chong Wei tentu, sedikit sebanyak, menjejaskan kontinjen badminton negara. - gambar hiasan
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangkakan akan pulang ke Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketika dihubungi Astro AWANI berkata rawatan yang diterima Chong Wei sejak Julai lalu kini sudah sampai peringkat akhir dan ia merupakan pemulihan yang positif.
Mohamad Norza turut berkata pihak BAM sedia menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan Chong Wei dalam menjalani rawatannya sehingga sempurna.
"Kita selalu berhubung dan juga mengetahui segala perkembangan Chong Wei. Kami belum lagi berbincang secara terperinci tentang bantuan yang diperlukan.
BACA: Chong Wei hidap barah hidung peringkat awal, kini menerima rawatan - BAM
"Segalanya buat masa ini adalah di bawah tanggungan Datuk Lee Chong Wei. Apapun, kami sudah berkata jika beliau memerlukan pertolongan kami, kami akan memberi bantuan yang diperlukan," kata Norza.
Sementara itu, beliau juga mengakui ketiadaan Chong Wei menjejaskan skuad badminton negara.
Bagaimanapun, kontinjen badminton negara tetap gigih menjalani latihan tanpa bimbingan Chong Wei bagi menghadapi pertandingan yang akan datang serta percaya Chong Wei akan kembali kepada pasukan negara apabila keadaan kesihatan beliau mengizinkan.
"Ia tentu, sedikit sebanyak, menjejaskan kontinjen badminton negara.
"Namun, kami sentiasa mengatakan kepada jurulatih dan pemain-pemain sepaya menjadikan Chong Wei sebagai sumber inspirasi untuk kami berusaha dengan lebih kuat lagi dan untuk kami melahirkan pemain-pemain supaya pemain kami dapat menyaingi apa yang telah dicapai oleh Chong Wei selama ini," ujarnya.
Sebelum ini, jaguh perseorangan lelaki negara tersebut menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China dan juga Sukan Asia 2018 di Jakarta Indonesia ekoran masalah pernafasan yang dialaminya.
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#Lee Chong Wei
#Malaysia
#Persatuan Badminton Malaysia
#presiden
#rawatan
#sakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan