Presiden Persatuan MMA Malaysia (MASMMAA) Rashid Salleh yakin bahawa Malaysia mampu memperoleh juara dunianya yang pertama dalam sukan seni bela diri campuran (MMA) pada November ini.
Menurut beliau, atlet negara, Colleen Augustine mempunyai potensi yang besar untuk muncul sebagai juara pada kejohanan dunia yang bakal diadakan pada 9 hingga 17 November di Manama, Bahrain.
"Saya harap pada November ini, bila Colleen menang, kita akan lihat juara dunia (dari Malaysia).
"Dia sangat bagus. Saya berani katakan dia adalah 'Nicol David' yang seterusnya untuk sukan MMA. Dia memang berdisiplin, ada pakej, berdedikasi, sangat cergas, sangat fokus, rendah diri, sentiasa belajar dari kesilapan, dan dia berlatih setiap hari dan dia juga seorang vegan," katanya ketika ditemui pada acara 'Malam Media ONE Championship' di ibu negara, baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya mereka masih sedang mengumpul dana bagi menghantar Colleen ke sana dan kutipan sedang dibuat menerusi laman sesawang GoGetFunding.com.
Jelas Rashid, perbelanjaan yang diperlukan untuk Colleen dan jurulatihnya adalah sebanyak AS$3,000 (RM12,433) dan setakat mereka telah berjaya mengumpul kira-kira AS$1,000 (RM4,144).
"Saya harap dapat lihat seorang juara dunia pada November. Bukan hendak letakkan sebarang tekanan tetapi potensi dia sangat tinggi. Dia cuma perlu fokus," katanya lagi.
Colleen pada 5 Mei lalu berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Asia di Bangkok, Thailand.
BACA: Colleen raih emas untuk Malaysia di Kejohanan MMA Terbuka Asia
Petarung berusia 21 tahun itu menewaskan Nurzhamal Sadykova dari Khzakhstan untuk pertarungan divisyen strawweight menerusi TKO (technical knockout) pada pusingan kedua.
Kemenangan itu sekali gus menjadikan Colleen wanita Malaysia yang pertama memperolehi pingat emas dalam kejohanan bertaraf antarabangsa anjuran IMMAF-WMMAA itu.
Haider Yutim
Thu Jun 27 2019
Colleen pada 5 Mei lalu berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Asia di Bangkok, Thailand. - Foto Instagram/@colleenspartanmma
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Bukan salah sesiapa kecuali saya - Pan Gon
Malaysia akan melengkapkan baki saingan kumpulan bertemu juara dua kali Korea Selatan.
Piala Asia: ‘Bangkitlah Harimau Malaya’ - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sokongan dan meniupkan semangat kepada skuad Harimau Malaya yang akan menentang Bahrain malam ini.
Piala Asia: Harimau Malaya kekal ambil risiko di sebalik tekanan tinggi berdepan Bahrain
Malaysia tidak akan mengubah pendekatan permainan yang berani dan pantas biarpun tekanan sedang memuncak menjelang perlawanan bertemu Bahrain.
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Piala Asia 2023: Harimau Malaya berdepan laluan berliku, Bahrain ada sedikit kelebihan - Penganalisis
Pekan berkata, Bahrain mempamerkan persembahan memberangsangkan biarpun tumpas 1-3 kepada Korea Selatan pada Isnin.
Piala Asia: Natxo Insa bakal turun bertemu Bahrain?
Terdapat bayangan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Afiq Fazail yang cedera.
Piala Asia: Shahrul Saad sedia diturunkan jumpa Bahrain
Pemain JDT berkenaan bersedia mempamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan Kim Pan-gon menentang Bahrain.
Piala Asia: Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati - Josue
Pemain kelahiran Brazil itu berkata Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati, jika mereka berjaya mencuri tiga mata mengatasi Bahrain.
Israel buka kedutaan baharu di Bahrain
Israel membuka kedutaan baharunya di Bahrain pada Isnin, beberapa hari sebelum ulang tahun ketiga perjanjian yang ditaja oleh AS.
Bahrain kutuk insiden bakar al-Quran di Denmark
Pada Jumaat, kumpulan Danske Patrioter Denmark berhaluan kanan membakar senaskhah al-Quran dan memijak bendera Iraq di hadapan Kedutaan Iraq di Copenhagen.