Berita  | Sukan

Conte mahu Morata kembali temui sentuhan

Conte mahu Morata kembali temui sentuhan
Bekas pemain Juventus itu kini gagal mencetak sebarang jaringan dalam 10 perlawanan dalam semua kejohanan kerana mengalami kecederaan belakang. - Foto Astro ARENA
ANTONIO Conte menggesa penyerang Chelsea, Alvaro Morata, supaya bekerja keras dan mencari semula rentak permainannya.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menjadi pemain termahal The Blues sejak menyertai daripada Real Madrid sebelum musim 2017-18 bermula dan telah mencetak 10 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Bagaimanapun, gol terakhir hadir dalam aksi boxing day berdepan Brighton and Hove Albion, dengan bekas pemain Juventus itu kini gagal mencetak sebarang jaringan dalam 10 perlawanan dalam semua kejohanan kerana mengalami kecederaan belakang.

"Dia perlu bekerja keras dan mencari semula rentak terbaiknya selepas mengalami kecederaan belakang," kata Conte.

Ketika ketiadaan Morata, Ross Barkley telah beraksi bersama Chelsea selepas menyertai pasukan pada Januari.

Dia telah digantikan sekali dalam tiga perlawanan bersama skuad senior, kekalahan mengejut 3-0 kepada Bournemouth, sebelum masalah hamstring kembali menghantui pemain berusia 24 tahun itu.

"Barkley telah mula berlatih dengan kami. Dia telah pulih daripada kecederaan dan bakal beraksi berdepan Manchester City.

"Tetapi saya masih belum pasti sama ada meletakkan namanya dalam kesebelasan utama ataupun sebagai pemain gantian."





Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro