awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ibu kepada Guardiola meninggal dunia

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2020
00:33 MYT
COVID-19: Ibu kepada Guardiola meninggal dunia
Guardiola dilaporkan pulang ke Sepanyol sebelum negara itu mengharungi perintah berkurung. - Gambar fail
IBU kepada Pep Guardiola meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas dijangkiti COVID-19, demikian disahkan Manchester City.
Dolors Sala Carrio meninggal dunia di Barcelona malam tadi dengan kelab berkenaan mengeluarkan satu kenyataan menerusi akaun Twitter rasmi mereka.
Kenyataan itu berkata: "Keluarga Manchester City berduka dengan laporan kematian ibu kepada Pep, Dolors Sala Carrio, di Manresa, Barcelona hari ini selepas dijangkiti koronavirus. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.
"Semua yang berada di kelab ini ingin menyampaikan simpati kepada Pep, keluarganya dan kesemua rakan mereka pada waktu yang sukar ini."
Everyone associated with the club sends their most heartfelt sympathy at this most distressing time to Pep, his family and all their friends.
— Manchester City (@ManCity) April 6, 2020
Guardiola dilaporkan pulang ke Sepanyol sebelum negara itu mengharungi perintah berkurung bagi membendung penularan COVID-19.
Dia menghulurkan sumbangan sebanyak €1 juta (RM4.71 juta) kepada Yayasan Angel Soler Daniel bagi membiayai alatan perubatan di Catalonia minggu lalu.
Sepanyol merupakan negara paling terjejas di Eropah dengan lebih daripada 135,000 kes positif dicatatkan
Lebih 13,000 mangsa telah meninggal dunia disebabkan virus yang berasal dari China itu.
Topic Berkaitan
#barcelona
#COVID-19
#ibu
#koronavirus
#meninggal dunia
#Pep Guardiola
#perintah berkurung
#sepanyol
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan