Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

COVID-19: Kejohanan Snuker Dunia ditangguh

COVID-19: Kejohanan Snuker Dunia ditangguh
Wakil England, Judd Trump, merupakan juara bertahan. - Astro ARENA
Kejohanan Snuker Dunia telah ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 dan berkemungkinan dijalankan pada Julai atau Ogos ini.

Kejohanan tersebut, yang dianjurkan di Crucible Theatre di Sheffield, England, sejak 1977, menjadi sukan terkini untuk ditangguhkan.

Ia sepatutnya dijalankan pada 18 April hingga 4 Mei, dengan acara kelayakan yang berlangsung dari 8 hingga 15 April ini.

Wakil England, Judd Trump, merupakan juara bertahan.
Dalam satu kenyataan mengesahkan penangguhan kejohanan, Jelajah Dunia Snuker (WST) berkata, "WST berniata untuk menganjurkan peringkat akhir di Crucible pada satu tarikh pada bulan Julai atau Ogos ini."


Pengerusi WST, Barry Hearn berkata, "Ini merupakan saat yang sukar buat setiap orang tetapi kami berazam untuk mengatasinya.

"Penyokong di seluruh dunia -- termasuk 144 pemain yang terlibat -- bimbang mengenai bila Kejohanan Dunia akan diteruskan. Saya memberikan jaminan bahawa kami bersama-sama pihak penyiar, venue dan rakan kongsi yang lain untuk mendapatkan tarikh baru kejohanan tersebut dengan kadar segera.

"Pemain Snuker bekerja sendiri, mereka memerlukan peluang untuk meraih wang hadiah jadi kami bertanggungjawab terhadap mereka. Kami telah mencari peluang dan potensi untuk menganjurkan saingan tersebut."





Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro