Kualiti saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang terpaksa ditangguhkan susulan pandemik COVID-19 dijangka terjejas sekiranya kesemua pertandingan Liga-M musim ini tidak dapat disambung selewat-lewatnya Jun depan.
Jangkaan pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim itu mengambil kira kesan yang bakal menimpa kesemua 24 pasukan bertanding apabila perlu melengkapkan baki perlawanan liga serta saingan Piala FA sebelum merebut kejuaraan Piala Malaysia dalam tempoh singkat.
"Dari segi jadual akan jadi padat dan pasukan pasti akan melalui persiapan dalam keadaan tergesa-gesa. Jadual memang boleh disusun tetapi tahap kualiti dan kemampuan pemain jika bermain dalam keadaan sebegitu yang perlu jadi keutamaan.
"Dalam masa terhad itu, saya lihat tahap kompetitif Liga-M boleh terkesan. Saya juga khuatir dari segi kecederaan dialami pemain dan tempoh masa diambil untuk pulih akan merencatkan prestasi pasukan," katanya kepada Bernama, pada Khamis.
Pengendali berusia 48 tahun itu berkata perjalanan liga yang masih panjang turut akan memberi tekanan hebat kepada semua barisan pemain dan jurulatih pasukan.
"Ini satu cabaran tidak pernah kita lalui. Keadaan terpaksa bergegas dalam melengkapkan jadual musim ini akan meletakkan sesuatu pasukan dan pemain itu di bawah tekanan. Ditambah pula perjalanan liga baru sahaja bermula," jelas bekas pengendali Perak dan PKNP FC itu.
Hampir sebulan industri bola sepak tanah air terhenti selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan menangguhkan perjalanan Liga-M yang bermula penghujung Februari lepas, hanya selepas empat perlawanan, susulan penularan wabak COVID-19.
Dua entiti bola sepak negara itu turut melarang setiap pasukan daripada menjalankan sesi latihan dan mengadakan aksi persahabatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.
MFL selaku badan pentadbir Liga-M sehingga kini belum memutuskan mengenai tempoh penangguhan berkenaan sementara beberapa legenda bola sepak tanah air mencadangkan supaya saingan Piala FA dan Piala Malaysia dikaji untuk mengelak daripada jadual pertandingan yang padat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020
Perjalanan liga yang masih panjang turut akan memberi tekanan hebat kepada semua barisan pemain dan jurulatih pasukan. - Bernama
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.