awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa tapak kediaman menteri propaganda Nazi di Berlin
MOTAC, MOF bincang keperluan jaminan insurans untuk ejen pelancongan - Tiong
Pastikan setiap projek dilaksana segera, beri kesan kepada komuniti setempat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Luis Alberto harap Serie A bersambung awal Jun

Astro Arena
Astro Arena
10/04/2020
05:30 MYT
COVID-19: Luis Alberto harap Serie A bersambung awal Jun
Alberto dikaitkan dengan kepulangan ke Sevilla tetapi katanya, dia mahu memperbaharui kontrak di Lazio. - REUTERS/Fail
PEMAIN tengah Lazio, Luis Alberto, berharap saingan Serie A akan kembali bersambung awal Jun depan untuk memastikan pasukannya terus memburu kejuaraan.
Serie A terpaksa ditangguhkan bulan lalu ekoran wabak coronavirus tatkala Lazio menduduki tangga kedua dan satu mata dibezakan dengan pendahulu, Juventus.
Persoalan mengenai sama ada saingan akan disambung masih belum pasti tetapi Luis Alberto berharap dia dapat beraksi semula Jun nanti.
"Kini, kami percaya terhadap Scudetto. Kami semakin hampir dan tidak boleh menafikan peluang untuk memenanginya," katanya.
"Saya fikir kami boleh bermain awal Jun nanti tetapi sukar untuk menentukan tarikh tepat. Ia bergantung kepada perkembangan virus ini.
"Diharapkan segalanya selesai secepat mungkin. Saya mahu menamatkan saingan. Ia perkara bagus untuk kami yang berada di atas dan mereka yang bergelut dengan penyingkiran. Saya tidak mengatakannya hanya kerana kami menduduki tangga kedua liga."
Bekas pemain Liverpool, Luis Alberto, menyinar bersama Lazio sejak menyertai kelab itu pada 2016.
Dia dikaitkan dengan kepulangan ke Sevilla tetapi pemain tengah itu berkata dia mahu memperbaharui kontrak di Lazio.
"Saya sentiasa katakan bahawa Sevilla adalah rumah saya dan mahu kembali," tambahnya.
"Namun, kini masa depan saya adalah biru dan putih. Kami di landasan terbaik untuk melanjutkan kontrak dan saya percaya ia akan tiba."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#COVID-19
#Juventus
#kontrak
#koronavirus
#Lazio
#Liverpool
#Luis Alberto
#Sevilla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan