awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPN teliti cadangan angkat Baba Nyonya, Chetti sebagai ikon perpaduan negara
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MotoGP Sepanyol ditangguh

Bernama
Bernama
26/03/2020
23:25 MYT
COVID-19: MotoGP Sepanyol ditangguh
Keputusan menangguhkan GP Sepanyol di Litar Jerez-Angel Nieto dicapai selepas perbincangan bersama dengan Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa. - Gambar fail
Perlumbaan MotoGP di Sepanyol yang dijadualkan 3 Mei ini ditunda berikutan pandemik global virus COVID-19.
Menurut kenyataan Dorna Sports iaitu pemegang eksklusif komersial dan hak siaran MotoGP, keputusan untuk menangguhkan Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez-Angel Nieto itu dicapai selepas perbincangan bersama dengan Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).
Dalam kenyataan berasingan, Dorna Sports turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE (perlumbaan motosikal elektrik) di litar sama juga ditunda.
Ia berkata ujian kedua pramusim MotoE, yang dijadual di litar berkenaan dari 8 hingga 10 April ini, juga dibatalkan.
"Memandangkan keadaan semasa sentiasa berubah, satu tarikh baharu bagi GP Sepanyol tidak dapat disahkan sehingga keadaan menjadi lebih jelas untuk mengadakan acara itu.
"Kalendar musim 2020 yang disemak semula akan dimaklumkan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dorna Sports
#FIM
#GP Sepanyol
#Grand Prix
#IRTA
#Litar Jerez-Angel Nieto
#MotoE
#MotoGP
#perlumbaan motosikal elektrik
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan