"FOOTBALL is Back." Itu slogan yang digunakan oleh komuniti bola sepak di negara ini apabila aktiviti bola sepak sosial dan rekreasi mula dibenarkan sejak 15 Julai lalu.
Dijalankan mengikut norma baru, segelintir peserta bagaimanapun dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Situasi itu sememangnya tidak disenangi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana khuatir perancangan untuk menyambung semula Liga Malaysia (Liga-M) terjejas disebabkan kecuaian pihak lain.
Kegusaran badan pentabdir liga tempatan itu juga wujud susulan kes baru harian COVID-19 dalam tempoh seminggu ini menunjukkan aliran meningkat.
"Mereka yang terlibat dalam permainan bola sepak dengan menyewa padang, harus berdisplin dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Jangan ambil mudah.
"Kita tidak mengetahui kemungkinan ada dalam kalangan mereka ada sistem dan menghidap COVID-19.
"Disebabkan itu, kami tidak memulakan perlawanan persahabatan bermula pada 15 Julai 2020.
"Oleh itu, harus ada tempoh bertenang selepas menjalani perlawanan persahabatan dan ini yang yang kami menitikberatkan oleh MFL selain untuk memulakan liga," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, semalam memberi amaran kepada semua pasukan agar segera menyelesaikan proses pemisahan persatuan (FA) ke FC.
Stuart menegaskan kegagalan berbuat demikian boleh memberi kesan kepada liga selain pasukan itu sendiri.
"Ia akan melibatkan liga kita turun taraf, selain itu kelab atau pasukan itu tidak dapat bermain di Liga Super atau Liga Perdana.
"Perkara itu perlu dibincangkan bersama Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai arahan yang dikeluarkan ini adalah arahan oleh AFC beberapa tahun yang lalu.
"Ini bukan proses rundingan tetapi ditetapkan sendiri oleh AFC. Harap semua pasukan faham," katanya.
Empat pasukan sudah melengkapkan proses penswastaan kelab, menjelang tarikh akhir yang ditetapkan badan induk itu September depan.
Tanpa mendedahkan butiran terperinci, 12 lagi pasukan sedang giat melakukan proses berkenaan sementara enam pasukan belum berbuat demikian.
"Ada beberapa pasukan yang belum mulakan proses itu dan kami berharap agar pasukan ini dapat selesaikannya sebelum hujung bulan September ini," tambahnya.
Astro Arena
Tue Jul 21 2020
Pasukan #LigaPremier2020 Terengganu FC II turut melakukan Latihan Pasukan Fasa 2 dengan SOP yang ditetapkan selepas mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara. Foto Facebook Malaysian Football League
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Buat laporan segera jika ada isu perkauman - MFL
MFL tidak akan berkompromi terhadap apa sahaja tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi seperti yang didedahkan Sabah FC.
Berita baik untuk penyokong bola sepak tanah air, boleh hadir ke stadium bermula 29 Oktober ini
Kebenaran memasuki stadium bagaimanapun, tidak terpakai kepada kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun selaras dengan keputusan kerajaan.
MFL kemuka SOP kehadiran penyokong ke stadium
MFL hari ini menyerahkan permohonan cadangan SOP Liga Malaysia 2021 termasuk kebenaran untuk kemasukan semula penyokong yang telah lengkap vaksinasi.
Ab Ghani individu paling tepat sebagai presiden MFL - Sathianathan
Sathianathan menyifatkan Ab Ghani sebagai seorang yang mudah dibawa berbincang dan sentiasa mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum membuat keputusan.
MFL mohon penonton lengkap dua dos vaksin dibenar ke stadium
Liga Bola Sepak Malaysia sekali lagi akan memohon kebenaran untuk penyokong menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di stadium sebagai usaha merancakkan kembali saingan liga berkenaan.
Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar
Liga Bola Sepak Malaysia mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.
Liga Premier akan kembali bersambung 24 Julai
Saingan Liga Premier yang sepatutnya berlangsung pada 3 Julai ini akan kembali diadakan pada 24 Julai ini.
Liga Premier ditangguh berikutan situasi COVID-19 membimbangkan
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk menangguhkan saingan Liga Premier yang dijadual bersambung pada 3 Julai ini, ke suatu tarikh akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Pasukan Liga-M dibenar teruskan latihan secara 'camp-based' training - MFL
Camp-based training itu bagaimanapun perlu mematuhi SOP yang ketat ketika pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama ini.
Pasukan Liga-M dijangka terima vaksin pada fasa ketiga - MFL
Pemain dan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka menerima suntikan vaksin pada fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.