awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tonggak Barca kembali lapor diri

Astro Arena
Astro Arena
06/05/2020
01:50 MYT
COVID-19: Tonggak Barca kembali lapor diri
Protokol itu akan bermula dengan sesi latihan dalam kumpulan yang kecil dan sebelum diperluaskan secara berperingkat. Gambar fail
PEMAIN Barcelona bakal menjalani ujian perubatan hari ini menjelang kemungkinan dibenarkan kembali mengadakan latihan secara individu di pangkalan kelab itu, Ciutat Esportiva.
Minggu ini, pasukan-pasukan LaLiga telah diberi keizinan untuk menyambung latihan setelah kerajaan Sepanyol melonggarkan sekatan larangan berlatih di luar.
Kemudahan latihan Barca diperiksa semalam dan juara bertahan itu kini merancang untuk melakukan ujian yang bersesuaian "bagi menjamin kesihatan pemain".
View this post on Instagram
Which @antogriezmann skill did you like best? 1️⃣2️⃣3️⃣⁉️
A post shared by FC Barcelona (from
Saingan bola sepak di Sepanyol yang tertangguh sejak Mac lalu ekoran penularan wabak COVID-19, masih diharap dapat melengkapkan musim 2019-2020 berbanding berhadapan pembatalan seperti di Belanda dan Perancis.
Dua divisyen teratas bersetuju dengan menerima syarat 'Protokol Kembali Berlatih' yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Sepanyol untuk membenarkan pemain menyertai program latihan individu di kelab masing-masing.
Ia akan bermula dengan sesi latihan dalam kumpulan yang kecil dan sebelum diperluaskan secara berperingkat manakala perlawanan kompetitif berkemungkinan akan disambung bulan depan.
Barca ketinggalan dua mata di belakang Real Madrid yang menguasai tangga teratas dengan baki 11 perlawanan sebelum kancah itu ditangguhkan.
Topic Berkaitan
#barcelona
#LaLiga
#messi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan