Pemain tengah Tottenham, Harry Winks, percaya sebilangan besar pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak bersetuju beraksi di gelanggang tertutup.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, timbul laporan yang memperincikan aspek 'Project Restart' -rancangan awal untuk menyambung semula saingan divisyen utama di England itu di venue berkecuali tanpa kehadiran peminat, pada pertengahan bulan depan.
Begitupun, tonggak antarabangsa England itu mengulangi nada ketua pasukan, Hugo Lloris, apabila berasakan suasana perlawanan akan terjejas teruk tanpa kehadiran penyokong.
"Tentu saja ia satu kemungkinan dan boleh berlaku. Mungkin ia sesuatu yang tidak mahu dilakukan setiap pemain EPL," katanya kepada BBC Radio 5 Live.
"Ia situasi yang janggal tanpa kehadiran peminat di stadium. Itulah (elemen) yang menghidupkan bola sepak, itulah yang membangkitkan suasana (perlawanan).
"Itulah sebabnya mengapa bola sepak dimainkan dan dihayati oleh semua orang, ia demi peminat. Apabila kami tidak dapat mendengar sorakan, tidak dapat mendengar suara orang ramai, ia akan menjadi situasi yang aneh."
Winks pernah mengalami situasi yang serupa ketika menentang Croatia di peringkat antarabangsa apabila perlawanan terpaksa dilangsungkan di stadium tertutup pada 2018, justeru dia tidak menyukai suasananya.
Dia berkata: "Kami pernah mengharungi (situasi serupa) musim lalu ketika bertemu Croatia dan ia adalah situasi yang sangat pelik.
"Ia bukan sesuatu yang saya suka dan saya tahu ramai pemain berasakan hal yang sama. Ia bukan sesuatu yang benar-benar ingin dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi jika ada satu langkah yang diputuskan, maka ia perlu dilakukan."
Astro Arena
Tue May 05 2020
Winks pernah mengalami situasi yang serupa ketika menentang Croatia di peringkat antarabangsa apabila perlawanan terpaksa dilangsungkan di stadium tertutup pada 2018.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
Slot Eropah kembali gamit Newcastle United
Kemenangan itu menjelmakan semula harapan skuad kendalian Eddie Howe apabila mendaki tangga keenam liga.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.
Jurgen Klopp janji kebangkitan Liverpool
Klopp berikrar bahawa Liverpool akan menunjukkan reaksi hebat terhadap kekalahan mengejut 0-3 di tempat sendiri kepada Atalanta.
EPL: Harvey Elliott optimis Liverpool mampu beri penamat indah buat Jurgen Klopp
Harvey Elliott, percaya Liverpool mampu untuk menamatkan kempen terakhir Jurgen Klopp dalam merebut mahkota EPL sebagai juara.
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya."