awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CSGO: FrostFire mahu dominasi Asia Tenggara

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
24/09/2018
06:29 MYT
CSGO: FrostFire mahu dominasi Asia Tenggara
Aiman Azham (gambar) berkata percaturan langkah bagi mencapai sasaran itu perlu diatur dengan baik untuk mendominasi rantau Asia Tenggara.
Pasukan Counter Strike: Global Offensive (CSGO) Malaysia, FrostFire bertekad untuk menjadi yang terbaik di Asia Tenggara selepas berjaya mengekalkan rekod kemenangan yang konsisten dalam kejohanan tempatan.
Kapten FrostFire Aiman Azham berkata percaturan langkah bagi mencapai sasaran itu perlu diatur dengan baik untuk mendominasi rantau Asia Tenggara.
Menurut Aiman, kesabaran dan keserasian dalam kerja sepasukan merupakan kunci kejayaan yang penting untuk menjadi yang terbaik dalam rantau ini.
"Sebenarnya, membentuk keserasian dan memahami antara satu sama lain dalam sesebuah pasukan memang mengambil masa.
"Contohnya, pada 2016 ketika Malaysia menguasai arena CSGO Asia Tenggara, ia sebenarnya memerlukan jangka masa kira-kira dua tahun.
"Bukan senang untuk mencapai sasaran tersebut dan tidak ramai mengetahui kerja keras pemain di sebalik usaha untuk mengekalkan prestasi ini," katanya ketika ditemui pada upacara penutup Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Kelayakan Malaysia yang berlangsung di Quill City Mall pada Ahad.
Menerusi kejohanan itu, FrostFire muncul juara selepas menewaskan Cove Esports 2-0 pada final dan terpilih untuk mewakili Malaysia ke saingan peringkat Asia Tenggara nanti.
Selain WESG, FrostFire baru-baru ini turut memenangi slot ke Kejohanan Dunia Persekutuan E-sukan Antarabangsa (IESF), kejohanan Zowie Extemesland dan MSI Grand League.
Dalam pasukan FrostFire, Aiman turut disertai Shamir Aliff, Ahmad Khalish Rusyaidee, Mohammad Ashraf, Firdaus dan Azim Shaharudin.
CSGO merupakan permainan video menembak berbilang pemain yang dibangunkan Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation.
Pada Kejohanan Sukan Elektronik Dunia (WESG) tahun lalu, e-sukan ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM6.06 juta.
Topic Berkaitan
#Ahmad Khalish Rusyaidee
#aiman azham
#Azim Shaharudin
#Counter Strike Global Offensive
#csgo
#FrostFire
#Mohammad Ashraf
#MSI Grand League
#sukan elektronik
#Zowie Extemesland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan