Tutup

Berita  | Sukan

Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenal, elak projek 'gajah putih' - Sim

Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenal, elak projek 'gajah putih' - Sim
Dengan kewujudan Dasar Kemudahan Sukan Nasional, setiap projek sukan yang dibina akan dinilai secara objektif dan bukan semata-mata diwujudkan mengikut cita rasa dan 'suara' politik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dasar Kemudahan Sukan Nasional akan diperkenalkan bagi memastikan setiap kemudahan sukan yang dibina pada masa hadapan menepati keperluan dan seterusnya mengelak daripada menjadi projek 'gajah putih', Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata dengan kewujudan dasar berkenaan, setiap projek yang dibina akan dinilai secara objektif dan bukan semata-mata diwujudkan mengikut cita rasa dan 'suara' politik.
"Kita mahu melihat kemudahan dan infrastruktur sukan memenuhi keperluan di kawasan setempat.

"Kita juga mahu pastikan ia mampu menggemblengkan semua aktiviti sukan dan komuniti di kawasan berkenaan," katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya.
Dalam usaha mengelak kemudahan sedia ada terbiar, Sim berkata setiap pegawai sukan turut digalak menggunakan pendekatan pelbagai peranan, termasuk sebagai 'programmer' dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di kawasan masing-masing.

-- BERNAMA


Tag: Dewan Negara, sukan, menteri, belia, Steven Sim, Sim Chee Keong, dasar, programmer, pegawai sukan, kemudahan sukan, infrastruktur sukan, suara politik



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.