Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter de Roo, membayangkan beliau mahu melanjutkan kontrak semasanya dengan badan itu yang akan tamat pada penghujung bulan ini.
Warga Belanda berusia 49 tahun itu yang dilantik pada 1 Sept 2017 itu berkata beliau berharap untuk meneruskan kerjanya, terutama untuk terus mempertingkatkan program pembangunan bola sepak remaja di negara ini.
"Terdapat minat dari beberapa negara terhadap saya kira-kira enam atau tujuh bulan lepas, tetapi saya fikir niat saya ialah meneruskan tugas saya kerana saya baharu bermula dan banyak benda perlu dibuat.
"Saya menikmati kehidupan saya sepanjang dua tahun di sini dan saya tidak mahu pergi ke tempat lain, " katanya kepada pemberita selepas majlis doa selamat di kediaman Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pada Isnin.
Majlis doa selamat itu dianjurkan Hamidin untuk memohon kepada Allah keselamatan pemain skuad Harimau Malaya yang bakal berhadapan Indonesia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis ini.
De Roo juga gembira dengan peningkatan yang ditunjukkan pasukan remaja kebangsaan, terutamanya bawah 15 tahun dan 18 tahun dalam beberapa kejohanan serantau, baru-baru ini.
Beliau juga berkata pembangunan bola sepak remaja di dalam negara ini tidak sepatutnya berdasarkan hasil tetapi ke arah menyokong pembangunan pemain remaja ke peringkat senior.
"Bagus bagi kita mendapat hasil (positif), tetapi kami perlu selalu bersikap kritikal terhadap prestasi kerana ia akan membawa kepada pembentukan pemain yang lebih baik," katanya.
Sementara itu Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata persatuan itu masih lagi berbincang mengenai kontrak baharu itu bersama De Roo dan mereka akan mengumumkannya setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan sebulat suara.
"Saya rasa tidak perlu kami bercakap mengenai perkara yang peribadi dan sulit di tengah-tengah rundingan, tetapi jika sesuatu persetujuan dicapai, kami akan membenarkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
De Roo berkata pembangunan bola sepak remaja di dalam negara ini tidak sepatutnya berdasarkan hasil tetapi ke arah menyokong pembangunan pemain remaja ke peringkat senior. --fotoBERNAMA
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.
Abad ke-21 Abad Asia, Malaysia perlu lebih aktif terajui rantau ASEAN - Johari
Berikutan abad ke-21 disebut sebagai milik Asia, maka Malaysia tidak boleh duduk diam, sebaliknya harus membangun bersama rantau itu.