Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Demi keselamatan atlet negara, KOM buat pusingan 'U'

Demi keselamatan atlet negara, KOM buat pusingan 'U'
MUTHU: Kami mengambil keputusan untuk tidak menghantar atlet negara beraksi di Tehran. - Astro Arena
PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk S.M. Muthu, mengesahkan skuad negara terpaksa membatalkan penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Dalam Dewan di Tehran, Iran bermula Khamis ini selepas mendapat maklum balas Kedutaan Malaysia di republik itu.

KOM membuat pusingan 'U' beberapa jam sebelum skuad negara berlepas ke Tehran, dengan pembatalan itu terpaksa dibuat demi keselamatan atlet negara ketika risiko konflik ketenteraan di antara Iran dan Amerika Syarikat kian meningkat.
"Kami mengambil keputusan untuk tidak menghantar atlet negara beraksi di Tehran bagi memastikan keselamatan mereka terjamin," kata Muthu.

Skuad olahraga negara pada awalnya merancang menghantar lima atlet.
Jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, awal-awal lagi menarik diri ekoran faktor keselamatan selain kejohanan itu tidak menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet negara juga akur dengan keputusan KOM dan kembali fokus terhadap sesi latihan menjelang saingan berikutnya, Kejohanan Dalam Dewan Asia di China bulan depan.

"Ini adalah keputusan yang baik daripada KOM. Krisis yang berlaku di Iran adalah faktor utama kami tidak beraksi di sana," kata atlet lompat jauh negara, Andre Anura Anuar.

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia mengadakan rundingan dengan mana-mana persatuan yang tetap mahu menghantar atlet mereka ke wilayah bergolak.

Keutamaan perlu diberikan terhadap kejohanan kelayakan Olimpik Tokyo atau persatuan perlu merancang pelan B.

"Mengenai isu ini, lebih baik kami duduk bersama dan membincangkan perkara ini. Kami baru sahaja menerima maklum balas daripada kedutaan di Iran, benarkan saya bercakap dengan mereka terlebih dahulu," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro



Tag: keselamatan atlet, Kesatuan Olahraga Malaysia, KOM, S M Muthu, skuad negara, atnet negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.