“Yakin pada diri dan jangan menyerah kalah selagi wisel penamat belum ditiupkan.”

Itulah motivasi yang menjadi pegangan sukad ragbi Malaysia 15 sebelah (15s) yang bakal berdepan pasukan lebih kuat dalam Kejohanan Ragbi Asia Premier dari 24 April hingga 2 Jun tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia, Muhd Mazuri Salehuddin, pasukan negara akan terus berjuang demi kejayaan.

"Pasukan negara akan terus berjuang dan paling utama pemain perlu beri komitmen 100 peratus demi sumbangan kepada negara.

“Jika semua pemain memberi yang terbaik untuk pasukan, itu adalah satu kejayaan kepada kita,” tambahnya lagi.

Matlamat skuad Bunga Raya adalah untuk menjuarai Kejohanan Ragbi Asia.

Selain itu, penggunaan peranti digital, Global Positioning System (GPS), oleh pemain ketika perlawanan dan Sportscode memberi sumbangan besar dalam meningkatkan prestasi para pemain.

Bagi Pengurus Pasukan, Rahimi Muhd Yusof, pemain sedia ada mampu memberi saingan hebat kepada pasukan Hong Kong dan Korea Selatan.

“Yakin pada diri dan jangan menyerah kalah selagi wisel penamat belum ditiupkan.”  Itulah motivasi yang menjadi pegangan sukad ragbi Malaysia 15 sebelah (15s) yang bakal berdepan pasukan lebih kuat dalam Kejohanan Asia Rugby pada 24 April hingga 2 Jun tahun ini.  Menurut Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia, Muhd Mazuri Salehuddin berkata,” Pasukan negara akan terus berjuang dan paling utama pemain perlu beri komitmen 100 peratus demi sumbangan kepada negara.”  “Jika semua pemain memberi yang terbaik untuk pasukan, itu adalah satu kejayaan kepada kita,” tambahnya lagi.  Selain itu, penggunaan peranti digital oleh pemain ketika perlawanan iaitu Global Positioning System (GPS) dan Sportscode telah memantapkan pasukan dalam pelbagai aspek.  Bagi Pengurus Pasukan, Rahimi Muhd Yusof memberitahu, pemain sedia ada mampu memberi saingan hebat kepada Hong Kong dan Korea Selatan.  Jelasnya, matlamat skuad kebangsaan ialah mejuarai Kejohanan Asia Rugby sebagai fasa pertama sebelum layak ke Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun.  “Bagi memenangi perlawanan ini, kita perlu mengurangkan jurang dengan pasukan lawan dalam aspek fizikal, mental, dan juga taktikal,” jelas beliau.  Skuad ragbi negara mencipta sejarah apabila pertama kali layak ke Kejohanan Asia Rugby DIvisyen Premier yang berlansung pada 24 April hingga 2 Jun tahun ini.  Lebih manis, Stadium Nasional akan menjadi stadium tuan rumah yang menyaksikan Malaysia berdepan Korea Selatan pada 28 April dan Hong Kong pada 5 Mei.
Pengurus Pasukan Malaysia Rahimi Muhd Yusof berkata jurang skuad Bunga Raya dengan pasukan lawan harus dikurangkan. - Astro AWANI
Beliau menjelaskan, matlamat skuad Bunga Raya adalah menjuarai Kejohanan Ragbi Asia sebagai fasa pertama sebelum layak ke Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun.

“Bagi memenangi perlawanan ini, kita perlu mengurangkan jurang dengan pasukan lawan dalam aspek fizikal, mental, dan juga taktikal,” jelas beliau.

Skuad ragbi negara mencipta sejarah apabila pertama kali layak ke Kejohanan Ragbi Asia Divisyen Premier yang berlansung pada 24 April hingga 2 Jun tahun ini.

Lebih manis, Stadium Nasional akan menjadi stadium tuan rumah yang menyaksikan Malaysia berdepan Korea Selatan pada 28 April dan Hong Kong pada 5 Mei.