Sebagaimana yang dijangka, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri untuk ke Sukan Olimpik Tokyo selepas beliau meraih pingat emas bagi acara 3m Papan Anjal Individu Wanita di Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 di sini hari ini.
Penerjun berumur 20 tahun itu berjaya mencuri perhatian hakim dengan terjunan kemas yang membolehkan beliau mengumpul 313.85 mata untuk menerajui acara lima pusingan itu, manakala rakan senegara Loh Zhiayi pula berjaya meraih pingat perak selepas mengumpul 223.45 mata.
Penerjun Indonesia Linadini Yasmin mengumpulkan 191.30 mata untuk merangkul pingat gangsa.
Nur Dhabitah berkata beliau agak gementar pada mulanya semasa berdiri di atas papan anjal, namun berjaya mengatasi perasaan itu, memandangkan pertandingan ini amat penting baginya untuk membawa beliau ke arena lebih tinggi.
"Alhamdulillah, akhirnya slot ke Olimpik dapat juga. Saya sangat gemuruh walaupun kita ada peluang. Mungkin sebab pertandingan di tempat sendiri, dan saya nak bagi yang terbaik, sebab tu saya gemuruh," katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik Negara di sini.
Walaupun bergelar juara, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu masih belum berpuas hati dengan dua terjunan beliau hari ini.
"Saya rasa boleh buat lebih bagus di terjunan kedua dan ketiga saya. Saya akan terus berusaha untuk beraksi lebih baik sebab saya (baru pulang) dari Kejohanan Dunia (Gwangju 2019) dan tidak sempat untuk membuat latihan teknik dan asas. Jadi selepas pertandingan ini saya berhasrat untuk mula balik kepada latihan asas," tambahnya.
Bagi Piala Asia, masing-masing pemenang acara papan anjal platform 3m dan 10m akan mendapat slot untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.
BACA: Syafiq, Dhabitah sumbang emas terakhir Kejohanan Terjun Piala Asia
Selain acara individu, Nur Dhabitah berkata beliau menyasarkan untuk memperoleh satu lagi slot Olimpik dalam acara terjun 3m papan anjal seirama wanita bersama pasangannya Wendy Ng Yan Yee.
Memandangkan Piala Asia tidak menjamin sebarang slot untuk acara seirama, kedua-dua mereka meletakkan sasaran memperolehnya di FINA Diving World Cup 2020 di Tokyo, hanya beberapa bulan sebelum Olympic 2020.
Sukan Olimpik Tokyo akan menjadi penampilan kedua Nur Dhabitah, dan beliau adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.
Penampilan pertama beliau adalah di Rio 2016 selepas beliau meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu, juga di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Nur Dhabitah menunjukkan pingat emas yang dimenangi bagi acara 3m Papan Anjal Individu Wanita dan acara 3m seirama campuran di Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 di Bukit Jalil, 8 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).
Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Pandelela, Tze Liang menang emas di GP Terjun
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong kembali menguasai acara kegemarannya, selepas memenang pingat emas di Grand Prix Terjun FINA.
Aksi ONE Championship kembali ke KL Oktober ini
Selepas hampir dua tahun, ONE Championship akan kembali menggegarkan ibu negara bulan depan, menampilkan dua jaguh MMA tanah air.