Tutup

Berita  | Sukan

Dhabitah, Yan Yee terlepas podium di Budapest

Dhabitah, Yan Yee terlepas podium di Budapest
Mereka berjaya mengutip 288.72 mata keseluruhan selepas melengkapkan lima terjunan pada peringkat akhir. - Astro Arena
PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee, gagal menaiki podium selepas sekadar menamatkan saingan di tempat keenam dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita Siri Terjun Dunia FINA di Budapest, awal hari ini.

Pasangan negara itu turun membawa harapan untuk meraih keputusan lebih positif selepas meraih tempat keempat dalam siri dunia yang lalu.

Mereka berjaya mengutip 288.72 mata keseluruhan selepas melengkapkan lima terjunan pada peringkat akhir.

Terjunan terbaik yang dilakukan gandingan ini ialah pada terjunan keempat dengan 68.82 mata untuk berada di kedudukan keempat.
Bagaimanapun, usaha mereka itu sudah terlambat apabila hanya menamatkan cabaran di tangga keenam keseluruhan.

Pasangan China, Shi Tingmao dan Chang Yani, meraih emas dengan catatan 333.30 mata, diikuti gandingan Kanada, Melissa Citrini Beaulieu dan Jennifer Abel, menerusi 323.43 mata.
Kristina Ilinykh dan Nadezhda Bazhina dari Russia meraih gangsa dengan 312.60 mata.

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro