awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di sini Harimau Malaya akan beraksi! Ini fakta tentang Stadium My Dinh, Hanoi

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2018
03:32 MYT
Di sini Harimau Malaya akan beraksi! Ini fakta tentang Stadium My Dinh, Hanoi
Venue ini bakal menjadi medan penentuan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember. - Facebook: ASEAN Skyline
PUSINGAN kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, 15 Disember.
Setelah mengikat Vietnam dengan jaringan 2-2, Malaysia menggalas cabaran penting untuk meneruskan kecemerlangan dalam aksi timbal balik, yang bakal menentukan siapa yang bakal membawa pulang kejuaraan untuk musim ini.
Dalam pada jutaan rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan yang kita dambakan setelah 8 tahun menanti, ribuan lagi pula sudahpun menempah penerbangan mereka ke Hanoi untuk bersama-sama meminjamkan kekuatan dan semangat kepada pasukan pimpinan Tan Cheng Hoe ini.
Walau apapun, selamat berjuang buat skuad Harimau Malaya! Kami sentiasa bersamamu!
Sementara menunggu tarikhnya, berikut adalah beberapa fakta mengenai venue perlawanan penentuan ini:
Salah satu bahagian berbumbung yang terdapat pada Stadium My Dinh.
Salah satu bahagian berbumbung yang terdapat pada Stadium My Dinh.
1) Stadium My Dinh yang menjadi seni bina pusat dalam rangkaian Kompleks Sukan Nasional Vietnam merupakan stadium pelbagai fungsi dengan kapasiti penonton sejumlah 40,192, iaitu kira-kira separuh daripada kemampuan Stadium Nasional Bukit Jalil.
2) Pernah menjadi venue bagi upacara pembukaan dan penutup Sukan SEA 2003, selain menjadi lokasi untuk acara perlawanan bola sepak lelaki selain acara olahraga dan balapan.
3) Stadium ini menjadi ‘rumah’ bagi pasukan bola sepak Vietnam, Naga Emas, yang menyambut kunjungan pelbagai pasukan antarabangsa termasuk perlawanan persahabatan. Ia juga pernah menjadi tempat untuk pasukan kelab berpangkalan di Hanoi The Cong, dan kemudiannya Viettel FC.
4) Terletak kira-kira 10km ke barat laut dari pusat bandar raya Hanoi, stadium kedua terbesar di Vietnam itu memiliki seni bina bumbung berkeluk yang menaungi ruang grandstand di sebelah timur dan barat stadium. Sementara itu, tempat duduk di bahagian lain adalah terbuka.
Selain acara sukan, Stadium My Dinh juga menjadi venue untuk penganjuran acara hiburan seperti konsert.- Wikipedia
Selain acara sukan, Stadium My Dinh juga menjadi venue untuk penganjuran acara hiburan seperti konsert.- Wikipedia
5) Pada Julai 2000, Perdana Menteri Vietnam Phan Van Khai, meluluskan projek stadium ini selepas empat syarikat membida projek itu - Hanoi International Group (HISG - China), Philipp Holzmann (Jerman), Bouygues (Perancis) and Lemna-Keystone (Amerika Syarikat).
6) Proses pemilihan tender itu terpalit kes kontroversi kerana melibatkan isu teknikal dan ketelusan penilaian. Namun akhirnya, HISG memenangi kontrak tersebut dan menandatangani komitmen pada 14 Ogos, 2001.
7) Ketika pembinaan bermula pada tahun 2002, ia dinamakan Sân vận động Trung tâm (bermaksud ‘stadium pusat’). Apabila siap, ia secara rasmi dinamakan Stadium Nasional My Dinh dalam upacara perasmian apda 2 September 2003 sempena Hari Kebangsaan negara itu.
8) Stadium ini juga menjadi venue untuk acara hiburan berskala besar khususnya konsert bertaraf antarabangsa. Antara yang pernah membuat persembahan di sini ialah artis K-Pop seperti kumpulan Super Junior, banda pop punk Kanada, Simple Plan, dan kumpulan Westlife, selain ramai artis ternama Vietnam.
TRIVIA:
Nama: Stadium My Dinh Lokasi: Nam Tu Liem Pemilik: Kerajaan Vietnam Pengendali: Kompleks Sukan Nasional Vietnam Kapasiti: 40,192 Mula dibina: 2002 Mula beroperasi: 2 September 2003 Kerja baik pulih: 7 September 2016 Kos pembinaan: AS$53 juta Arkitek: Hanoi International Group, HISG
15 Disember hari penentuan! - Wikipedia
15 Disember hari penentuan! - Wikipedia
Topic Berkaitan
#AFF SUZUKI
#Hanoi
#harimau Malaya
#Malaysia
#pasukan bola sepak
#Piala AFF Suzuki
#skuad negara
#Stadium My Dinh
#Vietnam
#WeBelangTogether
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan