awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington kenakan sekatan ke atas pembantu Khamenei, tuduh terlibat kekerasan terhadap penunjuk perasaan
Eropah hantar tentera ketika Trump berkeras mahu kuasai Greenland
Filantropi harus berasaskan data, berorientasikan impak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Dia bukan hamba kamu!' - Pemain tenis Perancis dikecam kerana minta kupas pisang

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/01/2020
00:33 MYT
'Dia bukan hamba kamu!' - Pemain tenis Perancis dikecam kerana minta kupas pisang
Benchetrit mempertahankan tindakannya meminta gadis bola (kiri) mengupas pisang untuknya. -Foto Twitter@FonsiLoaiza
DIA bukan hamba kamu!
Itu teguran yang diterima oleh pemain tenis Perancis, Elliot Benchetrit semasa perlawanan Terbuka Australia baru-baru ini.
Benchetrit dimarahi pengadil kerana meminta seorang gadis pengutip bola mengupas pisang untuknya semasa perlawanan menentang pemain Kazakhstan, Dmitry Popko.
Bukan saja pengadil, malah tindakan Benchetrit yang dianggap 'mengada-ngada' itu turut menimbulkan kemarahan warganet.
Namun Benchetrit mempertahankan tindakannya dan berkata bahawa gadis itu "tidak kisah pun" dan tidak membantah permintaannya untuk berbuat demikian.
"Saya meminta gadis bola mengupas pisang untuk saya kerana saya telah memakai krim di tangan supaya tidak berpeluh.
"Namun, kali kedua saya meminta tolong gadis tersebut, saya telah ditegur oleh pengadil yang berkata dia bukan hamba saya dan saya boleh mengupasnya sendiri," katanya.
So this is the moment where Elliot Benchetrit asks the ballkid to peel his banana. Im glad the umpire (John Blom) stepped in and told him off. pic.twitter.com/TK1GET68pG
— Alex Theodoridis (@AlexTheodorid1s) January 19, 2020
Benchetrit berkata dia terkejut dengan komen tersebut dan kesal dengan reaksi yang timbul daripada kejadian itu.
Meskipun terpalit dengan insiden 'kupas pisang' itu, beliau berjaya memenangi perlawanan pada Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#Elliot Benchetrit
#Gadis Bola
#Perlawanan Terbuka Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan