Tutup

Berita  | Sukan

Didakwa curi teksi, petarung UFC Darren Till ditahan

Didakwa curi teksi, petarung UFC Darren Till ditahan
Till, 26 tahun ditahan pihak berkuasa atas dakwaan mencuri teksi serta merosakkan barang di hotel penginapan. - Foto Instagram/darrentill2
BEKAS pencabar kejuaraan welterweight UFC, Darren Till dilaporkan telah ditangkap di Tenerife, Kepulauan Canary di Sepanyol.

Till, 26 tahun ditahan pihak berkuasa atas dakwaan mencuri teksi serta merosakkan barang di hotel penginapan.

Petarung MMA dari Liverpool, England itu dilaporkan telah ditahan pihak polis ketika melarikan sebuah teksi.

Till bersama kumpulannya melarikan teksi berkenaan ketika pemandu teksi terbabit sedang memuat masuk barang-barang ke dalam teksi.
Memetik laporan media tempatan El Dia, Till bersama empat yang lain, menetap di kompleks penginapan bertindak memecahkan perabot serta mengosongkan alat pemadam api.

Selepas dihalau keluar, Till bersama kumpulannya pergi ke hotel lain dikawasan ​​El Duque, namun mereka tidak diterima untuk menginap disitu.
Mereka kemudian bergerak ke kawasan ​​La Caleta menaiki teksi yang dicuri dan kemudiannya ditahan pihak berkuasa di sana. Mereka ditahan pada awal pagi Khamis.

Till yang bertarung untuk UFC, juga dikenali sebagai 'the Gorilla' bertanding di divisyen walterweight dengan rekod pertarungan 17-2-1.

Aksi terakhir beliau di Octagon adalah pada March lepas ketika menentang Masvidal. Till tewas pada pertarungan tersebut dengan cara KO pada pusingan kedua.