Tutup

Berita  | Sukan

Djokovic bertarung dalam cuaca panas tewaskan Fucsovics

Djokovic bertarung dalam cuaca panas tewaskan Fucsovics
Novak Djokovic selepas mengalahkan Marton Fucsovics pada pusingan pertama hari kedua Terbuka AS di Pusat Tenis Negara USTA Billie Jean King. REUTERS / Robert Deutsch-USA TODAY Sports
NEW YORK: Novak Djokovic terpaksa bergelut dengan cuaca di Terbuka Amerika Syarikat, sebelum menang untuk menewaskan wakil Hungary, Marton Fucsovics, di pusingan pertama.

Pemain Serbia yang memburu gelaran Grand Slam ke-14 itu menang 6-3, 3-6, 6-4, 6-0 pada Selasa.

Pertembungan Djokovic dan Fucsovics yang beraksi dalam cuaca panas menyaksikan perlawanan dihentikan beberapa kali.

Ini merupakan kali pertama penganjur melaksanakan polisi cuaca atau 'heat rule', bagi membantu pemain menangani suhu tinggi melebihi 30 darjah Celsius.
Djokovic yang menang di Flushing Meadows pada 2011 dan 2015 dijadual bertemu wakil tuan rumah Tennys Sandgren di pusingan kedua.