awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dollah Salleh puji aksi pemain muda

Astro Arena
Astro Arena
25/07/2015
05:40 MYT
Dollah Salleh puji aksi pemain muda
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers turut memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya. - Gambar Astro ARENA
Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh memuji pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia yang menampilkan aksi cemerlang untuk mengikat Liverpool, 1-1 dalam perlawanan persahabatan.
Mengambil contoh penyerang skuad Harimau Muda B, S. Kumaahran, jurulatih berusia 51 tahun itu berkata pemain tersebut menampilkan persembahan terbaiknya biarpun diturunkan pada babak kedua perlawanan itu.
Oleh itu, katanya, aksi pemain itu memberi amaran kepada pemain senior supaya memberikan usaha yang lebih baik untuk memburu tempat dalam skuad negara bagi menghadapi baki perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2009 yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.
"Saya tidak menjangka pemain itu bermain dengan sungguh baik walaupun diturunkan pada babak kedua perlawanan. Bagi saya, semua pemain perlu berjuang untuk menempah tempat dalam skuad negara," katanya selepas perlawanan itu.
Dollah juga bangga dengan keputusan itu walaupun skuad itu mempunyai masa yang singkat untuk melakukan persiapan.
Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers turut memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya.
Menurutnya, perlawanan tersebut akan menjadi medan terbaik untuk pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi sebelum bermula musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/2016.
"Saya sungguh berpuas hati dengan apa yang dilalui pada jelajah pramusim setakat setakat ini. Pasukan ruan rumah (Pilihan Malaysia) memberi saingan sengit pada babak pertama tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan persiapan kami sebelum musim baharu EPL bermula," katanya.
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#Liverpool
#Piala Dunia 2009
#Piala Dunia 2018
#S.Kumaahran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan