Bekas ratu gimnas berirama negara Dr Farrah-Hani Imran mencipta sejarah apabila muncul atlet pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang perubatan, sekali gus gimnas pertama mendapat pengiktirafan tertinggi berkenaan.
Ketua Pembedahan Plastik, Unit Kebakaran dan Penjagaan Luka, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) itu menerima hadiah istimewa sempena sambutan Syawal pada 22 Mei selepas 14 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
"Ini kali pertama bekas atlet negara menerima pengiktirafan sebagai Profesor Madya pembedahan, dan bekas gimnas negara pertama sebagai Profesor Madya dalam apa-apa bidang. Ini membuktikan bahawa sukan penting dalam membina watak dan membentuk individu mahir dalam pelbagai bidang, juga menjadi aset di tempat kerja.
"Pendorong utama saya adalah keluarga - ibu Amy Imran (dikenali sebagai Sister Amy Imran), abang Dr Amar Imran dan suami Dr Enda Kelly," kata Dr Farrah, gimnas pertama Malaysia menyertai Kejohanan Dunia di Alicante, Sepanyol pada 1993, kepada Bernama.
Walaupun tanggungjawab bertambah dengan peranan baharu dan ketika negara berdepan wabak COVID-19, Naib presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) itu berharap pengiktirafan yang diberikan dapat memperkukuhkan pendidikan, pemerkasaan dan kerjasama antara sukan dan akademik, terutama dalam aspek kekuatan mental, kawalan doping dan penjagaan kesihatan.
Ditanya mengenai andaian skeptikal bahawa sukan menjadi penghalang seseorang untuk berkerjaya, gimnas berusia 43 tahun itu berkata sukan ibarat alat dan medan mengenalpasti karakter seseorang serta peluang untuk memperbaiki diri kepada versi lebih baik.
"Konsep utama adalah bukan hanya mengenai kemenangan, sama ada dalam bilik darjah atau di gelanggang, ini adalah mengenai sikap dan watak semata-mata. Memahami apa yang mendorong anda, memahami tanggungjawab kepada pasukan dan memberikan yang terbaik.
"Sukan mengajar bagaimana untuk menjadi juara tapi lebih penting, ia mengajar bagaimana menangani kekalahan, termasuk mengetahui bila masa untuk berundur dan membiarkan orang lain bersinar, menyedari hakikat bahawa ia bukan hanya tentang diri kita sahaja," katanya.
Dr Farrah adalah graduan daripada Royal College of Surgeons, Ireland (RCSI) pada tahun 2002 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembedahan (Pembedahan Plastik) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 27 2020
Dr Farrah-Hani Imran mencipta sejarah apabila muncul atlet pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang perubatan, sekali gus gimnas pertama mendapat pengiktirafan tertinggi berkenaan. - Foto BERNAMA
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Dr Farrah: Dulu gimnas, kini Prof Madya
Ketua Pembedahan Plastik, Unit Kebakaran dan Penjagaan Luka, PPUKM itu menerima hadiah istimewa sempena sambutan Syawal pada 22 Mei selepas 14 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.