Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat melahirkan keyakinan pelumba basikal negara mampu bersaing pada kejohanan utama dunia termasuk Tour de France.
Beliau berkata kejayaan yang dicapai pelumba negara pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 membuktikan rakyat negara ini memiliki kebolehan tersebut.
"Tahun ini merupakan penganjuran kali ke-25 LTdL, pelumbaan basikal peringkat tertinggi di negara ini. Saya lihat bahawa buat kali pertama seorang pelumba dari Malaysia memakai jersi merah (Raja Bukit).
"Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai kebolehan yang penting, latih diri sepanjang masa hingga perlumbaan seterusnya, saya harap mereka (pelumba basikal negara) akan dapat mencapai kejayaan yang lebih daripada hari ini hingga menjadi juara bertaraf dunia dan akan bertanding dalam Tour de France dan perlumbaan lain," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya perlumbaan Peringkat Kelapan LTdL di Pekan Kuah di Langkawi pada Jumaat.
Pelumba Malaysia Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dari Team Sapura Cycling, dinobatkan sebagai Raja Bukit (Jersi Merah).
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau berharap LTdL akan diteruskan pada masa depan kerana perlumbaan tersebut mendapat liputan meluas di seluruh dunia.
"Satu dari sebab kita mengadakan LTdL ialah semasa perlumbaan diadakan, stesen televisyen di banyak negara akan memberi liputan.
"Mereka di negara itu akan dapat lihat seluruh negara kita dari Sabah, Sarawak, Terengganu dan lain-lain negara ini ialah satu pengiklanan yang baik untuk menarik pelancong ke Malaysia," katanya.
BACA: Tun M luang masa beri sokongan aksi penamat perlumbaan peringkat ketiga LTdL 2020
Menurutnya menerusi penganjuran perlumbaan basikal LTdl bertaraf dunia, Malaysia mampu menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.
"Tahun ini ialah Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) kita harap ramai akan datang ke negara ini tetapi kita hadapi masalah dengan penularan virus epidemik COVID-19. Kita sekarang akan tumpu menarik pelancong dari negara Barat, Asia Tengah dan Amerika jika dapat.
"Kita juga akan galakkan pelancongan dalam negara kerana mereka yang ingin pergi ke China, Jepun, Korea dan sebagainya tidak dapat pergi dan mereka dapat melancong dalam negara dengan itu hotel-hotel kita pun akan maju juga," katanya.
BACA: Koronavirus: MOTAC, Selangor dan Pahang sasar pasaran baharu pelancong
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020
Tun Mahathir berharap pelumba basikal negara akan dapat mencapai kejayaan yang lebih hingga menjadi juara bertaraf dunia dan akan bertanding dalam Tour de France dan perlumbaan lain. - AP
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.
35,000 naskhah novel terjual, bekas arkitek raih jualan cecah RM2.5 juta
Ia bermula apabila beliau dan isteri mahu membawa ibu bapa mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah pada Disember 2019.
Piala Dunia 2022: Kembara 5,500km dengan basikal untuk bola sepak
Pablo Garcia dan Fernando Boca tiba di Qatar dengan menaiki basikal dari Itali menempuh perjalanan 5,500 kilometer.
Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang
Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga.