Tutup

Berita  | Sukan

Duit kemenangan JDT dikembalikan untuk lestarikan sungai di Johor

Duit kemenangan JDT dikembalikan untuk lestarikan sungai di Johor
Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (kanan) berkata kurniaan semula ini adalah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di Negeri Johor demi melestarikan alam sekitar. - Foto ihsan FB Pemangku raja 'HRH Crown Prince of Johor'
JOHOR BAHRU: Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan semula insentif atas kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia 2019, bernilai RM500,000 kepada Kerajaan Negeri bagi menampung pembelian bot pengutip sampah.
 
Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata kurniaan semula ini adalah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di negeri Johor demi melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (kanan) berkata kurniaan semula ini adalah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di Negeri Johor demi melestarikan alam sekitar. - Foto ihsan FB Pemangku raja 'HRH Crown Prince of Johor'
 
"Insentif ini diberikan sebagai dorongan dan pemangkin di atas semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan JDT sehingga berjaya memenangi piala berprestij ini.
 
"Bagaimanapun, Tunku Ismail telah berkenan untuk mengurniakan semula insentif ini kepada Kerajaan Negeri Johor, hari ini.
 
"Kerajaan Negeri Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas keprihatinan baginda," katanya dalam satu kenyataan media.
BACA: JDT mengaum... julang Piala Malaysia!

Pada 2 November lalu, pasukan JDT  menewaskan pasukan Kedah 3-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Tag: Sultan Ibrahim, Tunku Ismail, JDT, Menteri Besar, Piala Malaysia, Malaysia, Datuk Dr Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.