Tutup

Berita  | Sukan

Durakovic pening serangan tumpul

Durakovic pening serangan tumpul
Durakovic berharap jentera serangan Perak lebih menyengat malam ini. - Astro ARENA
MASALAH ketumpulan penyudah terus memeningkan Mehmet Durakovic selepas pasukan Perak mengharungi tiga perlawanan pusingan pertama Kumpulan B, Piala Malaysia setakat ini.

Juara bertahan itu setakat ini mengutip empat mata selepas menang satu, seri dan kalah sekali.

"Daripada segi persembahan, tiada sebarang masalah. Kami bermain dengan baik dan berjaya mencipta peluang tetapi tiada penyudah, " kata Durakovic menjelang perlawanan dengan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, malam ini.
Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Stadium Perak, minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, Perak sekadar memperoleh satu gol melalui Ronaldo Henrique Silva dalam babak pertama tetapi mensia-siakan banyak peluang yang dicipta selepas itu.

"Kami mengasak hebat tetapi malangnya tidak dapat menyudahkan peluang.
"Kepincangan ini membimbangkan kerana saya khuatir ia mungkin menjejaskan hasrat mempertahankan gelaran," kata jurulatih dari Australia itu.

Justeru, Durakovic berharap jentera serangan, terutama Ronaldo dan Raianderson Da Costa Morais atau Careca, lebih menyengat malam ini.

Dia juga berharap pemain-pemain tempatan seperti Brendan Gan, Nor Hakim Hassan dan J. Partiban dapat membantu pasukan meraih kemenangan malam ini.





Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro