England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990 apabila Harry Maguire dan Dele Alli masing-masing meledak gol untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sweden.
Dua gol pada setiap satu babak pertembungan di Samara itu semakin mendekatkan misi skuad pimpinan Gareth Southgate itu membawa pulang Piala Dunia ke tanah Inggeris.
Maguire sekali lagi beraksi cemerlang dan kali ini berjaya meletakkan namanya dalam kalangan penjaring apabila pertahanan Leicester City menanduk masuk bola sepakan sudut Ashley Young, melepasi gapaian penjaga gol Sweden, Robin Olsen setengah jam selepas perlawanan bermula.
Penjaga gol The Three Lions, Jordan Pickford turut memainkan peranan penting mempertahan maruah juara 1966 dengan menafikan beberapa percubaan bahaya antaranya dua daripada Marcus Berg dan Viktor Claesson.
England kemudian terus menggandakan asakan, permainan terbuka sukar menembusi benteng Sweden namun efektif daripada ‘set-piece’ atau bola mati.
Hantaran Jesse Lingard yang ditanduk mudah Dele Alli ke gawang lawan pada minit ke-58 mengesahkan kemenangan England yang bakal menempuh cabaran daripada Croatia, yang menundukkan ego tuan rumah Rusia menerusi penentuan penalti.
Detik bersejarah bola sepak Inggeris disambut dengan pelbagai emosi, tatkala kali terakhir mereka sampai ke tahap ini adalah pada edisi 1990 di Itali yang berakhir hampa selepas tewas dengan penentuan penalti kepada Jerman.
England hanya selangkah daripada melakar satu lagi sejarah untuk menempah slot ke final Piala Dunia, kali terakhir pada 1966 yang menyaksikan mereka menjulang Piala Jules Rimet di tanah sendiri.
Israr Khalid
Sat Jul 07 2018
Harry Maguire (kanan) meraikan gol pertama England bersama John Stones. - Gambar REUTERS/Carlos Garcia Rawlins
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Kane buat Tottenham tersenyum
Kane melakukan 14 sentuhan, sembilan percubaan, satu umpanan selain memiliki satu peluang berharga dalam perlawanan awal pagi tadi.
Kane, Alli selamatkan maruah Tottenham
Terlebih dahulu, Kane dikecewakan sebaik melepasi halangan penjaga gol, Mathew Ryan, tetapi jaringan yang diilhamkan oleh gerakan Harry Winks itu mengundang campur tangan VAR sebelum dibatalkan.
Tottenham elak igauan ngeri sahkan tempat
Kemasukan Christian Eriksen pada minit ke-29 bagi menggantikan Eric Dier seolah-olah menjadi titik kebangkitan skuad bimbingan Mourinho itu.
Kubu stadium baru Tottenham runtuh 'dihentak' Hammers
Tottenham tumbang di stadium baru kepada seteru London, West Ham sekali gus mengugat misi kekal dalam kelompok empat terbaik EPL.
Harry Winks hadiah kemenangan dramatik buat Spurs
Krisis kecederaan pemain Spurs terus parah namun Harry Winks menceriakan penyokong dengan gol kemenangan menentang Fulham.
Ia patut lebih besar - Alli puji kemenangan hebat Tottenham
Alli, Harry Kane dan Son Heung-Min masing-masing meletakkan diri dalam senarai penjaring, sekali gus memberikan kekalahan pertama buat Maurizio Sarri.
England mara ke separuh akhir pertama sejak 1990
The Three Lions mara selangkah lagi semakin menghampiri impian untuk membawa pulang Piala Dunia ke tanah Inggeris.
Lloris buktikan kenapa dia berkelas dunia - Pochettino
Dalam separuh masa pertama, dua percubaan masing-masing daripada Andre Grey dan Richarlison diselamatkan kapten, Lloris, sekali gus menghalang Watford daripada mengimbangi jaringan pembukaan Alli.
3 gol terpantas dalam Liga Perdana Inggeris
Jaringan Christian Eriksen menentang United adalah ketiga terpantas dalam liga Inggeris, jadi siapa yang menjaringkan gol terpantas sebelum ini?
Predator, ikon bola sepak kembali
Generasi baharu berpeluang mencipta sejarah dengan but bola sepak ikonik, Predator yang dikeluarkan kembali.