Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

EPL benarkan perlawanan persahabatan dijalankan

EPL benarkan perlawanan persahabatan dijalankan
Kelab-kelab EPL sebelum ini memohon untuk mengadakan perlawanan itu sebagai pemanas badan sebelum kembali memulakan saingan. - Astro Awani
LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) memberi kebenaran kepada kelab-kelab liga itu untuk mengadakan perlawanan persahabatan menjelang saingan bermula 17 Jun depan.

Kelab-kelab EPL sebelum ini memohon untuk mengadakan perlawanan itu sebagai pemanas badan sebelum kembali memulakan saingan.

Pendahulu liga, Liverpool mengadakan sesi latihan melibatkan 11 pemain utamanya.

Perlawanan persahabatan dibenarkan untuk berlangsung di stadium ataupun pusat latihan.
Bagaimanapun, EPL menetapkan beberapa syarat termasuk mewajibkan semua pemain disaring COVID-19 sebelum kembali bermain selain penjarakan sosial juga perlu diamalkan.

Susulan kebenaran menyambung semula liga, saingan akan berlangsung di venue neutral.