awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komuniti perundangan sokong kenaikan gaji hakim bagi perkukuh badan kehakiman
Pengakap Malaysia anjur program nasional dan antarabangsa pada 2026
Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2016: Jerman tamatkan badi dengan Itali

Israr Khalid
Israr Khalid
02/07/2016
23:33 MYT
Euro 2016: Jerman tamatkan badi dengan Itali
Penjaga gawang Itali Gianluigi Buffon terlepas bola hasil rembatan Hector. - Foto AFP
Jerman mara ke separuh akhir selepas menang ke atas Itali menerusi penentuan penalti cukup dramatik, sekali gus mencatat sejarah mengalahkan skuad Azzurri buat kali pertama dalam kejohanan besar.
Jonas Hector menjaringkan penalti kemenangan selepas 120 minit permainan gagal memisahkan kedua-dua pasukan yang terikat dengan jaringan 1-1.
Kedua-dua pasukan mempamer permainan seimbang sepanjang separuh masa pertama, masing-masing saling melancarkan gerakan menduga pertahanan lawan.
Sami Khedira terpaksa meninggalkan padang awal pada minit ke-15 kerana kecederaan dan digantikan Bastian Schweinsteiger yang terus mengambil tugas selaku kapten pasukan daripada penjaga gol Manuel Neuer.
Pemain Manchester United itu hampir mengejutkan skuad Azzurri dengan gol awal, namun tandukannya yang memperdaya Gianluigi Buffon dibatalkan kerana terlebih dahulu menolak Mattia De Sciglio.
Thomas Muller juga kurang bernasib baik percubaannya beberapa minit selepas bermula babak kedua dinafikan Alessandro Florenzi yang secara akrobatik menyelamatkan bola di atas garisan gol.
Namun akhirnya Mesut Ozil berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-65 menerusi gol jarak dekat hasil gerakan direncana Hector dan Mario Gomez dari kiri padang.
Itali tidak mengalah lalu memperkemas rentak, dan bernasib baik untuk dianugerahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan pertahanan Jerman, Jerome Boateng.
Boateng dengan tidak semena-mena mendepakan tangan untuk menghalang hantaran Florenzi yang dicabar Giorgio Chiellini, dan Leonardo Bonucci menyempurnakan penalti ketika perlawanan berbaki 12 minit sebelum tamat.
Sembilan pusingan sepakan menyaksikan tendangan Muller mudah diselamatkan Buffon, Ozil gagal sekali lagi selepas sepakannya mengenai tiang dan Schweinsteiger tersasar jauh dari mulut gol.
Begitu juga Simone Zaza dan Graziano Pelle, sementara tendangan Bonucci berjaya dibaca Neuer.
Akhirnya pertarungan epik di Bordeaux itu selesai apabila Matteo Darmian juga gagal menewaskan Neuer, dan Hector bertindak selaku wira Die Manschafft menamatkan kempen Azzurri untuk bertemu sama ada Perancis atau Iceland pada pusingan seterusnya.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#berita sukan
#Euro 2016
#Itali
#Jerman
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan