Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa hari ini disahkan secara rasmi sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bagi jawatan Timbalan Presiden, penyandang sedia ada Datuk Seri Afandi Hamzah akan dicabar Datuk Yusof Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.
"Untuk jawatan presiden, sebelum ini empat dicalonkan dan dua disahkan bertanding pada 25 Mac ini. Bagi jawatan Timbalan Presiden, daripada lapan pencalonan, tinggal empat dan sekarang tiga. Calon naib presiden pula daripada 21 calon sebelum ini, sembilan calon mengesahkan pertandingan.
"Jawatankuasa exco lelaki sebanyak 30 pencalonan dibuat dan 17 disahkan bertanding dan untuk jawatankuasa exco wanita pula, tujuh dicalonkan dan kesemua
mereka akan bertanding," kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
BACA: Presiden FAM: Annuar terbuka untuk adakan rundingan dengan TMJ
BACA: Peminat, amanah ayahanda, punca TMJ tanding jawatan Presiden FAM
Pengesahan pencalonan untuk pemilihan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini telah dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM ke-11.
Sementara itu, Afandi berkata calon-calon yang telah disahkan itu masih boleh menarik diri daripada bertanding.
"Semua calon masih boleh menarik diri daripada bertanding sehingga pada tarikh Kongres FAM berlangsung pada 25 Mac. Dari segi peraturan, kita (FAM) membenarkan calon-calon untuk menarik diri sebelum Kongres bermula," katanya.
Mesyuarat ke-11 itu adalah mesyuarat exco terakhir bagi penggal 2014-2017.
Senarai calon bagi pemilihan FAM penggal 2017-2021:
---------------------------------------------------
Presiden:
1. Tunku Ismail Sultan Ibrahim
2. Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Presiden:
1. Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
2. Datuk Seri Afandi Hamzah
3. Datuk Seri Subahan Kamal
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharudin
2. Datuk S. Sivasundaram
3. Mohd Joehari Mohd Ayob
4. Datuk Ab. Ghani Hassan
5. Datuk Takiyuddin Hassan
6. Datuk Rosmadi Ismail
7. Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman
8. Datuk Astaman Abdul Aziz
9. Marzuki Sulong
Ahli FAM:
1. Abdul Aziz Yeop Jamaludin
2. Supt. Mohd Dali Wahid
3. Datuk Azril Mat Drus
4. Subkhiddin Mohd Salleh
5. Mohd Firdaus Mohamed
6. Christopher Raj
7. Datuk Jefferey Low Han Chau
8. Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
9. Datuk Azisman Alias
10. Datuk Aminuddin Omar
11. Datuk MuhammadYadzan Mohammad
12. Ishsam Shahrudin
13. Nik Ahmad Yaakub
14. Datuk Gary Vasudevan Nair
15. Mohd Jamil Zakaria
16. Nokman Mustafa
17. Mej. Jen. (B) Datuk Mazelan Kasap
Ahli FAM (Wanita):
1. Shafizah Umamah Abdul Mutalib
2. Roselina Idrus
3. Brig Jen Datuk Norhuda Ahmad
4. Tuan Nah Nik Him
5. Normala Yusoff
6. Datuk Suraya Yaacob
7. Isfarina Mohd Bali
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
HAMIDIN: TMJ dan Tan Sri Annuar Musa hari ini disahkan secara rasmi sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden FAM. - Gambar fail
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.
Klip video baru Ultras Malaya?
Tular di media sosial klip video muzik yang memaparkan barisan Ultras Malaya menyanyikan lagu buat skuad kebangsaan dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.
Permintaan Pan Gon sebelum lawan Oman hadir pada masa kurang tepat
FAM tepis dakwaan tidak bantu persediaan skuad Harimau Malaya dalam menghadapi dua aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 bertemu Oman, bulan lepas.