awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO bukan 'daun kari', UMNO adalah tiang seri kestabilan negara - Ahmad Zahid
Suami isteri maut dibunuh: Terdapat 11 kesan tikaman di leher, dada
Dua maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Puncak Borneo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1 perkenal minyak wangi atasi bau hangit tayar

Hakim Rahman
Hakim Rahman
01/12/2019
02:07 MYT
F1 perkenal minyak wangi atasi bau hangit tayar
Pengeluar minyak wangi itu berkata ia mengubah bau hangit tayar terbakar dan bau hujan di atas aspalt litar. - Foto Formula 1
BUNYI bingit dari deruman enjin. Bau hangit tayar serta aspalt litar.
Peminat tegar Formula 1 pasti berhadapan dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi ketika menyaksikan perlumbaan di bawah terik matahari.
Menyedari perkara itu Formula 1 dan Designer Parfums mengumumkan pelancaran lima koleksi minyak wangi mewah menjelang Grand Prix Abu Dhabi.
"Wangian dengan rekaan botol unik Formula 1 itu selari dengan kualiti dinamik yang dimiliki oleh sukan tersebut,” kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Formula 1, Ellie Norman.
Pengeluar haruman mewah itu berkata koleksi itu dikeluarkan hasil daripada "keterujaan, minat, teknologi dan dinamik" dalam Formula 1.
Dalam satu pengenalan produk terbaru itu, pengeluar produk berkenaan menyatakan ia mengubah bau hangit tayar terbakar dan bau hujan di atas aspalt litar.
Minyak wangi itu dijual pada harga AS$250 (RM1,044) sebotol manakala koleksi terhad dengan cetakan 3D rekaan Ross Lovegrove dijangka dijual pada harga AS$10,000 (RM42,000) sebotol bermula April tahun depan.
Topic Berkaitan
#Abu Dhabi
#April
#aspalt litar
#bau hangit
#bau hujan
#botol unik
#dinamik
#Ellie Norman
#F1
#Formula 1
#GP Abu Dhabi
#Minyak Wangi
#produk
#tayar terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan