Tutup

Berita  | Sukan

Fabinho milik Liverpool

Fabinho milik Liverpool
Fabinho menyertai Liverpool dengan bayaran perpindahan sekitar £39 juta. - Gambar Twitter/@LFC
Liverpool setuju untuk menantangani pemain tengah Monaco, Fabinho dengan bayaran perpindahan sekitar £39 juta.

Nilai tersebut kemungkinan meningkat lebih daripada £40 juta, bergantung kepada persembahan pemain tersebut.

Pemain antarabangsa Brazil berusia 24 tahun itu dijangka menggantikan tempat Emre Can, yang tidak menyambung kontraknya di Anfield.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu, “Fabinho mempunyai kemampuan dan mentaliti untuk bermain dalam beberapa posisi pada tahap tertinggi.”
Fabinho pernah bermain sebagai pertahanan kanan bersama Monaco tetapi lebih menyerlah sebagai pemain tengah bertahan dan merupakan calon paling sesuai untuk menggantikan Can, yang dijangka menyertai Juventus.

“Saya akan cuba untuk mencipta sejarah tersendiri di kelab ini. Harapan peribadi saya untuk mampu menang gelaran bersama kelab ini,” kata Fabinho.

Fabinho membuat 225 penampilan bersama Monaco dan menjaringkan 29 gol sepanjang lima musim bersama kelab Perancis itu.

Seorang lagi pemain baharu, Naby Keita akan menyertai skuad Liverpool dari kelab Jerman, RB Leipzig selepas berjaya mendapatkan tandatangan pemain itu pada musim perpindahan yang lepas.

Dalam perkembangan lain, khabar angin menyebut Liverpool mahu melengkapkan perpindahan bernilai £50 juta untuk pemain Lyon, Nabil Fekir sebelum Piala Dunia FIFA Rusia 2018 bermula bulan depan.