Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pembatalan tiga pertandingan di bawah kelolaannya iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) bagi musim 2020 berikutan pandemik COVID-19.
Justeru, semua keputusan perlawanan yang berlangsung sebelum ditangguhkan pada 16 Mac lepas, adalah dibatalkan membabitkan perlawanan setakat Hari Perlawanan 4 bagi Piala Presiden, Hari Perlawanan 5 bagi Piala Belia dan hari Perlawanan 1 bagi MPFL.
Malah, tiada pasukan yang bergelar juara bagi ketiga-tiga pertandingan untuk musim 2020, dan pertandingan dimulakan semula untuk musim baharu 2021, pada awal tahun depan.
Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata keputusan itu terpaksa dibuat kerana bola sepak dikategorikan sebagai sukan bersentuhan, manakala futsal selain bersentuhan, ia juga dijalankan dalam kawasan tertutup, iaitu tergolong dalam antara aktiviti dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) buat masa ini.
Beliau berkata sama ada tempoh PKPB akan berakhir pada 9 Jun ini atau dilanjutkan, FAM terpaksa membuat keputusan berkenaan dan tidak boleh menunggu atau menangguhkan keputusan kerana menjejaskan kedudukan pemegang taruh yang terlibat.
"Keputusan ini dibuat selepas FAM melakukan kajian, penelitian dan siri perbincangan dalaman, selain memperhalusi garis panduan MKN dan SOP (prosedur operasi standard) serta nasihat dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Oleh yang demikian, setelah mengambil kira hal-hal pengoperasian dan kebajikan semua pemegang taruh industri bola sepak dan futsal, FAM dengan berat hati membuat keputusan untuk membatalkan terus pertandingan Piala Presiden, Piala Belia dan MPFL bagi musim 2020 ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kesemua aktiviti dan pertandingan bola sepak dan futsal ditangguhkan sejak 16 Mac lepas susulan penularan wabak COVID-19.
Dalam pada itu, Stuart berkata FAM dan MFL membuka pendaftaran khas untuk pemain Piala Presiden dan Piala Belia 2020 yang berpotensi diserap ke pasukan utama kelab mereka bagi mendapatkan peluang beraksi pada baki saingan Liga Super dan Liga Premier musim ini.
Bagi menjamin kesinambungan kerjaya pemain berusia 21 tahun pula, Stuart berkata FAM menaikkan had umur Piala Presiden 2021 kepada 22 tahun, sekali gus membolehkan pemain yang lahir pada tahun 1999 masih layak beraksi pada saingan musim depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
FAM memberitahu, bola sepak dikategorikan sebagai sukan bersentuhan, manakala futsal selain bersentuhan, ia juga dijalankan dalam kawasan tertutup, iaitu tergolong dalam antara aktiviti dilarang oleh MKN buat masa ini. - Gambar fail
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.