Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi lima pasukan Liga Malaysia berjumlah RM1,178,600 menggunakan wang deposit dan lain-lain wang milik pasukan berkenaan yang dipegang oleh FAM.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata tunggakan melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat pada 19 Feb lalu.
Sementara bagi pasukan Felcra FC, MOF FC dan DBKL FC, bayaran telah dikreditkan pada Selasa lepas dan Terengganu City FC pula telah dibuat hari ini.
Beliau berkata tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tiga lagi pasukan iaitu Felda United, Hanelang FC dan Marcerra United yang berjumlah RM1,339,359.40 sedang dalam proses pembayaran dan dijangka dapat dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat dalam beberapa minggu lagi.
"Ini menjadikan keseluruhan jumlah tunggakan gaji pemain dan pegawai yang berjaya diselesaikan FAM dengan menggunakan wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh FAM ini adalah berjumlah RM2,517,959.40," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
"Bagaimanapun, ia bukan bermakna bahawa keseluruhan tunggakan gaji pemain dan pegawai berkenaan telah pun diselesaikan kerana jumlah tunggakan yang dinyatakan ini adalah berdasarkan jumlah wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh FAM ke atas setiap pasukan yang terlibat," tambahnya.
Menurut Stuart, inisiatif itu merupakan sebahagian usaha bagi meringankan beban individu-individu yang terlibat dengan masalah tunggakan gaji.
Beliau menegaskan bahawa baki tunggakan gaji pemain dan pegawai yang masih ada, tetap perlu diselesaikan oleh pasukan-pasukan berkenaan.
"FAM turut berharap agar pasukan-pasukan terbabit menghargai usaha yang dilakukan ini kerana ia telah mengurangkan sebahagian tunggakan yang perlu dijelaskan. Seterusnya mereka juga perlu memiliki rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan kepada pemain dan pegawai yang terlibat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2019
FAM berkata tunggakan melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat pada 19 Feb lalu. - Gambar fail
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
FAM langsai tunggakan gaji RM2.5 juta kepada lapan pasukan
Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) bertindak menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi lima pasukan Liga Malaysia berjumlah RM1,178,600 menggunakan wang deposit dan lain-lain wang milik pa