"Jangan lari daripada tanggungjawab melangsaikan gaji dan bonus pemain walaupun selepas melepaskan jawatan."
Itu harapan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang mahu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengurus pasukan, Amirudin Shari memenuhi janji melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November serta bonus mara ke final Piala Malaysia 2016.
Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim berkata persatuan kecewa sehingga kini masalah itu belum diselesaikan, malah cubaan mengatur pertemuan dengan mereka juga tidak diendahkan.
Rosman turut menjelaskan FAS masih belum menerima surat rasmi daripada Mohamed Azmin dan Amirudin, yang masing-masing mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden FAS dan pengurus pasukan Selangor menerusi kenyataan bersama dua hari lalu.
"FAS hanya akan mengadakan Mesyuarat Exco Khas bagi membincangkan perkara ini selepas menerima surat rasmi mereka. Pemain-pemain turut telah mengeluarkan kenyataan memohon penyelesaian tunggakan gaji ini dan FAS berharap janji tersebut dapat ditunaikan.
Pada masa sama, FAS juga berharap isu baki tunggakan gaji bekas ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, yang dipecat Amirudin menerusi SMS (sistem pesanan ringkas), tanpa mengikut saluran, tiada hitam putih dan di luar pengetahuan Exco, turut dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan.
Rosman berkata FAS kecewa dengan tindakan Mohamed Azmin dan Amirudin, yang sering menegaskan jalan penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi skuad Gergasi Merah itu, adalah dengan mengadakan pertemuan antara FAS dan mereka.
"FAS ada menghantar surat permohonan mengadakan pertemuan, selain menjemput Azmin menghadiri mesyuarat Exco sepanjang dua bulan lalu namun tidak diendahkan, seolah-olah tidak mempedulikan isu yang dialami FAS.
"FAS turut kesal atas beberapa tuduhan dan label yang dilontarkan kepada kami. Ianya tidak berasas dan bersifat lepas tangan biarpun Azmin melalui Amirudin terlibat secara langsung khususnya dalam pengurusan pasukan," katanya.
Beliau berkata di sebalik segala kemelut yang berlaku, FAS memastikan persiapan skuad Selangor kendalian P Maniam bagi menghadapi musim 2017 di bawah pengurus baru, Abdul Rauf Ahmad, tetap berjalan lancar.
Selangor mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Sime Darby dalam aksi persahabatan pada Khamis lalu dan dijadualkan bertemu UiTM dan Terengganu dalam persediaan untuk musim baharu ini.
Pasukan itu akan membuka saingan Liga Super menentang Pulau Pinang pada 21 Jan ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 01 2017
Setiausaha Agung FAS, Rosman Ibrahim berkata persatuan kecewa sehingga kini masalah itu belum diselesaikan, malah cubaan mengatur pertemuan dengan mereka juga tidak diendahkan.
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
AWANI 7:45 [05/05/2024] – Selesai masalah orang kampung | Kecederaan pemain bola sepak Malaysia | Bapa dan dua anak lemas
Satu kampung, satu pemimpin, PM cadang mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
AWANI Ringkas: Jenayah terhadap atlet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Pelan pengurusan bencana jika berlaku kejadian luar jangka
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin beri jaminan, jemaah haji Malaysia musim kali ini tidak perlu risau dengan kemungkinan berlaku bencana luar jangka sama ada di Madinah atau Mekah kerana kerajaan mempunyai pelan pengurusan bencana yang akan dilaksanakan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sentimen pengundi fasa akhir kempen
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan sekitar Kuala Kubu Baharu dalam fasa akhir pilihan raya kecil.
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman PM - Amirudin
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.