Fernandinho semakin hampir untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama Manchester City selepas didedahkan oleh pemain berusia 34 tahun itu.
Dia yang menyertai juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu daripada Shaktar Donetsk pada 2013 bakal menamatkan kontrak sedia ada di penghujung musim ini.
Pengendali City, Pep Guardiola, secara terbuka menyatakan keinginan untuk mengekalkan Fernandinho di Etihad dan dia tampak bakal terus memiliki khidmat pemain tengah itu.
"Apabila saya memperbaharui kontrak di penghujung 2018, kami meletakkan klausa di mana sekiranya saya mencapai beberapa sasaran, kontrak saya secara automatik akan dilanjutkan," kata pemain Brazil itu.
"Perbincangan telah bermula, kami berbincang tentangnya bulan lalu. Saya hampir untuk mencapai sasaran itu dan memperbaharui kontrak tetapi kami hanya boleh mengesahkannya selepas menandatangani kontrak baru."
Tatkala City bergelut dengan isu kecederaan di bahagian pertahanan musim ini, Fernandinho bertindak selaku bek tengah dan dia gembira dengan situasi itu.
"Ia bagus selagi anda boleh beraksi di tahap tertinggi," tambahnya.
"Beraksi dalam pelbagai posisi telah membuka ruang pembelajaran.
"Di bahagian pertahanan, saya melihat permainan dari sudut berbeza. Ia bagus dan tunjuk ajar yang saya terima daripada Guardiola sangat baik.
"Pada usia 34, beraksi dalam Liga Perdana Inggeris adalah sumber kebanggaan. Ramai pemain yang mahu melalui apa yang saya harungi."
Fernandinho beraksi penuh ketika City menewaskan Manchester United 3-1 dalam separuh akhir pertama Piala EFL, kelmarin dan dijangka turut membintangi kesebelasan utama dalam kunjungan ke Aston Villa bagi saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.
Astro Arena
Wed Jan 08 2020
Tatkala City bergelut dengan isu kecederaan di bahagian pertahanan musim ini, Fernandinho bertindak selaku bek tengah dan dia gembira dengan situasi itu. - Astro ARENA
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Fernandinho ucap selamat tinggal kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.
Fernandinho sertai semula kelab Brazil
Fernandinho sah menyertai semula bekas kelab, Athletico Paranaense, selepas mengumumkan meninggalkan Manchester City.
Manchester City langgar West Ham di Etihad
Ilkay Gundogan terlebih dulu meletakkan The Citizens di depan menerusi jaringan pada minit ke-33.
Masa untuk City bergelut - Guardiola
Phil Foden hadir daripada bangku simpanan untuk menafikan jaringan pembukaan Michail Antonio tetapi City tidak mampu menghasilkan jaringan kemenangan.
Guardiola jangka Fernandinho direhatkan enam minggu
Pemain kebangsaan Brazil itu dimasukkan pada minit ke-85 perlawanan Kumpulan C di Stadium Etihad itu tetapi tidak dapat menamatkan permainan kerana kecederaan kaki.
Fernandinho dedah semakin hampir lanjut kontrak
Dia yang menyertai juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu daripada Shaktar Donetsk pada 2013 bakal menamatkan kontrak sedia ada di penghujung musim ini.
Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir
Belgium mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk menewaskan juara lima kali, Brazil 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.
Wigan kejutkan Manchester City dari mimpi
Berakhirnya impian Manchester City untuk membolot semua kejuaraan musim ini apabila tewas 0-1 kepada kelab dari League One.
Gol yang tak masuk akal - Mourinho
Spurs dapat gol dalam tempoh 11 saat, Alexis Sanchez tidak menyerlah, Chelsea kalah, Manchester City lebar pendahuluan.