awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA 18: Makthor pecah kelompok lelaki, sah sertai pasukan Order Of Elites

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
19/02/2018
13:37 MYT
FIFA 18: Makthor pecah kelompok lelaki, sah sertai pasukan Order Of Elites
Nia atau senang dikenali sebagai Makthor menduduki kedudukan 16 teratas dalam Kejohanan Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara yang berlangsung di Battle Arena Petaling Jaya baru-baru ini. - Foto Facebook/ Nia Adyanan
Azroy Adyana Tajuddin (Nia), 25, yang senang dikenali sebagai Makthor dalam arena e-sukan FIFA 18 kini sah sertai pasukan Order of Elites Asia (OoE) mulai hari ini.
Menurut pengasas pasukan OoE Mohd Phirkhan, minat mendalam, kemahiran dan corak permainan Nia mendorong OoE untuk merekrutnya.
“Kami sangat gembira dengan penyertaan Nia dalam keluarga OoE. Dia sentiasa bertenaga dan sentiasa mahu mempelajari perkara yang baharu.
“Saya percaya ramai pemain wanita berbakat di luar sana yang perlu diketengahkan.
“Salah satu daripada prinsip kami adalah untuk menyokong wanita dan tidak sama sekali memandang rendah terhadap mereka,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut Phirkhan, dia berharap dengan pengumuman penyertaan Nia itu dapat menggalakkan lagi pemain wanita di luar sana untuk bertanding, bukan sekadar dalam ‘gelanggang’ FIFA namun dalam e-sukan yang lain.
Sementara itu, Adyana turut meluahkan keterujaannya apabila ditawarkan untuk menyertai antara pasukan FIFA yang digeruni di Asia Tenggara itu.
“Ia merupakan satu kebanggan buat diri saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Asia dan satu-satunya pemain wanita yang mewakili Malaysia dalam pasukan ini.
“Saya percaya OoE akan membantu saya dari segi keperluan nasihat jurulatih dan mentor serta latihan untuk menjadi pemain yang profesional.
“Dengan kemahiran yang akan diperolehi bersama pasukan ini, saya berharap ia akan membawa saya untuk menjadi antara pemain wanita terbaik di Asia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Untuk rekod, Adyana menduduki tempat 16 teratas dalam kejohanan Virtuelle Bundesliga peringkat Asia Tenggara yang berlangsung baru-baru ini di Battle Arena, Petaling Jaya.
Dia mula menjadi tumpuan komuniti FIFA 18 di Malaysia sejak memenangi tempat pertama Pertandingan ITCD Studio di Ipoh tahun yang lalu.
Topic Berkaitan
#adyana
#arena maya
#arenamaya
#Esukan
#mak thor
#virtuelle bundesliga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan