KAPTEN Southampton, Jose Fonte, yakin mereka mampu hadir lebih tajam di hadapan gawang lawan selepas menyaksikan skuad kendalian Claude Puel itu gagal menterjemahkan sebarang jaringan apabila sekadar seri 0-0 berdepan Leicester City.
Percubaan penyerang The Saints, Charlie Austin, sekadar menggegar palang gol sebelum mensia-siakan peluang terhidang di Stadium King Power pada Ahad.
Nathan Redmong dan James Ward-Prowse turut gagal membuat penyudah berkesan.
Bagaimanapun, Fonte -- salah seorang pemain yang tidak bertandang ke Israel dalam aksi Liga Eropah Khamis lalu -- yakin mereka tidak akan mengulangi perkara sama dalam perlawanan seterusnya.
"Kami menguasai hantaran bola dan mengawal permainan, kami juga mencipta lebih banyak peluang berbanding Leicester," ujarnya.
"Jadi sudah tentu saya kecewa kami gagal mengutip tiga mata, namun bertandang ke Stadium King Power bukan perkara mudah kerana kami berdepan penyandang juara.
"Memastikan gawang kami tidak bolos sudah boleh dianggap sebagai satu keputusan positif.
"Perlawanan ini membuktikan kami sememangnya pasukan yang ampuh. Kami menghasilkan banyak peluang namun gagal dilunaskan tetapi saya yakin gol diharapkan akan hadir dalam perlawanan seterusnya."
Keputusan itu menyaksikan Southampton meneruskan rekod tanpa kalah selepas enam perlawanan dan penjaga gol, Fraser Forster percaya mereka akan terus memperbaiki aksi di bawah kendalian pengurus baru.
"Kami menjangkakan perlawanan yang sukar apatah lagi baru saja pulang dari perjalanan yang jauh dari aksi Liga Eropah.
"Momentum kami sangat baik ketika ini dan kami perlu meneruskannya."
Astro Arena
Mon Oct 03 2016
Jose Fonte bercakap ada satu satu sidang akhbar di Stade de Lyon pada 5 Julai, 2016 di Lyon sebelum perlawanan Euro 2016 menentang Wales. / AFP PHOTO / UEFA / Fail
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Fonte kecewa gagal kutip tiga mata di Stadium King Power
Percubaan penyerang The Saints, Charlie Austin, sekadar menggegar palang gol sebelum mensia-siakan peluang terhidang di Stadium King Power pada Ahad.