Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berpendapat bahawa menggantung semua perlawanan antarabangsa di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta akan menjadi hukuman terbaik kepada segelintir penyokong Indonesia yang mencetuskan kekecohan di stadium itu.
Beliau berkata ini merupakan jalan penyelesaian terakhir daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jika penyokong terus menimbulkan masalah di sesuatu venue, selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Indonesia dan Malaysia pada Khamis lalu, dicemari insiden kekecohan penyokong tuan rumah.
Beliau turut mengesahkan bahawa laporan mengenai kekecohan itu akan dihantar ke FIFA pada Selasa ini, disertakan dengan salinan ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk tindakan selanjutnya.
Hamidin berkata pertemuan antara Indonesia dan Malaysia kerapkali menjadi kecoh kerana 'sentimen' dan kekecohan jarang berlaku apabila pasukan lain beraksi di GBK.
"Kita faham bahawa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan pihak berkuasa Indonesia telah juga berusaha dengan keras untuk elak perkara ini, tetapi kita tahu penyokong mereka ramai, maka terjadi juga. FAM juga telah membuat perkara yang sewajarnya untuk mengelakkan insiden seperti itu.
"Apa yang terjadi ini di luar prosedur yang dibenarkan oleh FIFA. Pertamanya penyokong masuk ke dalam padang, nyanyian yang tak baik terhadap pemain dan penyokong kita, pemain terpaksa naik (kereta perisai) barracuda dan perlawanan terpaksa dihentikan beberapa minit.
"Ini semua elemen-elemen yang tersalah, tapi kita serah pada FIFA untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini.
Pada Khamis lalu, tiga penyokong Malaysia cedera berikutan tindakan segelintir penyokong Indonesia yang menyerang dan membaling batu ke arah mereka, manakala pemain terpaksa balik ke hotel penginapan menaiki barracuda angkara penyokong yang tidak puas dengan kemenangan Malaysia 3-2 terhadap Indonesia.
Hamidin berkata PSSI kini harus mencari kaedah yang terbaik untuk mendidik penyokong negara berkenaan bagi menjamin keselamatan pasukan pelawat.
Sementara itu, Hamidin yakin insiden sedemikian tidak akan berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Malaysia bertemu pasukan-pasukan lain, dengan jaminan diberikan oleh pihak polis.
Malaysia bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kedua Kumpulan G di Stadium Nasional pada Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Hamidin berkata pertemuan antara Indonesia dan Malaysia kerapkali menjadi kecoh kerana 'sentimen' dan kekecohan jarang berlaku apabila pasukan lain beraksi di GBK.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.