Berita  | Sukan

Golf: Tiger Woods tamatkan kemarau kejuaraan Jelajah PGA

Golf: Tiger Woods tamatkan kemarau kejuaraan Jelajah PGA
Pemain berusia 42 tahun itu mendahului sepanjang pusingan terakhir dengan catatan 11 di bawah par 269 di East Lake sebelum menjuarai Jelajah PGA ke-80 itu. - Foto Reuters
ATLANTA: Pemain golf Amerika Syarikat, Tiger Woods muncul juara Jelajah PGA buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun.

Woods menang dengan kelebihan dua pukulan di Atlanta pada Ahad.
Pemain berusia 42 tahun itu mendahului sepanjang pusingan terakhir dengan catatan 11 di bawah par 269 di East Lake sebelum menjuarai Jelajah PGA ke-80 itu.

"Saya cuba sedaya upaya untuk tidak menangis apabila sampai ke lubang terakhir," kata Woods.

Tahun lepas Woods dibelenggu dengan masalah kesihatan dan terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang pada bulan April 2017.

Ini susulan kesakitan yang dialami pada bahagian belakang dan kaki.